(Video) Badan Bertukar Menjadi Kurus Lepas Kahwin, Wanita Pilu Diceraikan Suami Gara-Gara Tak Macam Dulu

Cinta berputik bahagia pada awalnya, namun segalanya berubah setelah datangnya masalah tidak diundang. Apatah lagi rasa sakit di hati apabila ditinggalkan ketika tiada apa-apa.

Begitulah kisah pilu yang dirasakan wanita ini apabila dia diceraikan suaminya gara-gara tidak ‘secantik’ dahulu, selain berat badannya turun mendadak kerana sakit hingga menyebabkan ‘serinya’ hilang.

Insan yang menggunakan nama Rindang Wijaya pada akaun TikToknya ini menceritakan, pada awalnya dia adalah seorang wanita yang sihat tubuh badan ketika sebelum berkahwin.

Beberapa foto lamanya dikongsikan buat tatapan ramai dalam satu video di TikTok. Difahamkan, ketika itu beratnya adalah 50 kilogram, dipercayai ia adalah berat badan yang normal pada saiz badan dan usianya. Memang ‘perfect’.

Namun segalanya bermula selepas dia berkahwin dengan suaminya. Dikatakan tubuhnya mulai kurus kerana sakit dan tidak lagi secantik dahulu. Sangat berbeza jika dibandingkan ketika mula-mula kahwin.

Apa yang menyedihkan, kesakitannya itu bertambah lagi apabila sang suami sanggup menghina dan mengherdiknya. Tidak cukup dengan itu, gemar pula membanding-bandingkannya dengan perempuan lain yang lebih cantik.

Terasa mentalnya begitu kecewa diperlakukan sebegitu, beratnya jatuh mendadak daripada 50 kilogram ke 36 kilogram hingga terpaksa dibawa ke hospital untuk menerima rawatan. Namun keberadaannya di katil hospital bagaikan siang tanpa matahari.

Di situlah dia terbaring bersendirian tanpa suami, terkelip-kelip melihat siang dan malam berlalu dengan sepi. Dan kemuncak bagi konflik ini adalah satu pengakhiran yang menyakitkan.

Ketika terlantar sakit itulah, dia menerima satu mesej daripada suaminya. Mesej tersebut adalah lafaz cerai daripada bibir insan yang pernah dia nikahi dan berjanji untuk sehidup semati dengannya satu ketika dahulu.

Akur dengan ketentuan Ilahi, maka Wijaya pasrah untuk menerima perpisahan itu dengan ‘seikhlas’ hatinya. Tinggallah dia bersendirian mendepani hidup tanpa suami di sisi.

Jom tonton videonya di sini.

Bangkit..setelah berduka..

Tidak lama selepas ‘jatuh’, Wijaya akhirnya perlahan-lahan bangkit membawa diri menuju ke takdir yang lebih baik. Difahamkan, dia berusaha berniaga barangan secara online.

Masa berganti masa, akhirnya hidup Wijaya kembali ‘berwarna’. Walaupun tidak ‘berisi’ seperti dahulu, tapi wajah Wijaya kini kelihatan lebih cantik dan berseri.

Baginya, pengalaman duka itu adalah kisah silam yang harus dilupakan. Demi membawa diri menjadi lebih baik, Wijaya berpegang kepada lima elemen kehidupan iaitu sabar, ikhlas, berdoa, kuat & semangat.

 

Semoga kisah jatuh bangun Wijaya ini menjadi inspirasi buat kita semua.

Sumber: Indozone / TikTok Rindang Wijaya

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*