(Video) Beli Pelekat Ni Elak Air Hujan Tutup ‘View’ Pada Cermin Sisi, Air Tak Melekat Pada Cermin

Bila nak memandu ketika hujan ni, keselamatan pemandu dan penumpang perlu dipertingkatkan kerana kadang-kadang kemalangan mudah berlaku ketika cuaca tidak menentu.

Biasanya, masalah yang sering berlaku ialah pemandangan di hadapan, belakang dan cermin sisi kereta menjadi kabur disebabkan air hujan yang membasahi cermin.

Akibatnya, kita sukar untuk fokus dan tidak dapat melihat dengan jelas sebarang kenderaan dari depan dan belakang kita. Walau bagaimanapun, setiap masalah ada jalan penyelesaiannya.

Sebelum ini, kita pasti sudah tahu cara untuk selesaikan masalah cermin basah tanpa perlu guna wiper. Kali ini, kita fokus pada cermin sisi kereta pula.

Seperti yang dikongsikan oleh pengguna akaun @anisnafisaaa di Tiktok, korang hanya perlu cari pelekat ni sahaja dengan harga yang sangat berbaloi dan murah, iaitu Anti Rain Film.

Video 1:

Untuk hasilnya pula ketika hujan, air tidak akan melekat pada bahagian yang dilekatkan, dan memudahkan korang untuk melihat cermin sisi walaupun ketika hujan.

Video 2:

 

Sumber: @anisnafisaaa vis Siakapkeli

Cermin Kereta

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Cermin Kereta adalah kaca yang dikenali sebagai Windscreen dalam bahasa Inggeris. Di Indonesia cermin kereta digelar Cermin Automobil, manakala cermin kereta dipanggil cermin keretapi.

Jenis Cermin Kereta

1. Cermin Kereta Selapis
2. Cermin Kereta Berlapis

Cermin kereta Selapis
Cermin selapis (single layer glass) juga dikenali sebagai “Tempered Glass” atau “Temperlite” dalam Bahasa Inggris.

Cermin selapis atau cermin single layer biasanya dipasangkan pada bahagian pintu cermin dan belakang kereta.

Kebaikan cermin selapis adalah ia tidak begitu tajam, walaupun terkena serpihan cermin kecederaan pemandu tidak seteruk terkena serpihan cermin dari cermin laminated.

Apakah kebaikan dan keburukan cermin single layer (Tempered Glass) ?

Kebaikan cermin selapis adalah dari segi kecemasan, pemandu senang keluar mengikut pintu apabila terjatuh ke dalam sungai dan laut.

Keburukan cermin selapis adalah apabila retak ia juga sukar dilihat dan dipandu. Cermin single layer akan retak seribu serpihan jikalau cermin tersebut tiada tint film.

Cermin kereta Berlapis

Cermin kereta berlapis juga dikenali sebagai cermin “double layer” dalam Bahasa Inggris.
Cermin Kereta berlapis juga dikenali sebagai “Laminated Glass” atau “Lamisafe” dalam Bahasa Inggris.

Apakah kebaikan dan keburukan cermin double layer (Laminate) ?

Kebaikan cermin berlapis adalah apabila terkena batu ia masih boleh dilihat dan dipandu, tidak seperti cermin selapis.

1. Keburukannya cermin berlapis adalah sepihan yang pecah amat tajam.

Jikalau terkena serpihan cermin laminated pada bahagian badan akibatnya boleh sangat serius.

Jesteru itu, Pemakaian Tali Pinggan Keledar adalah penting kerana ia mungkin menyelamatkan nyawa anda.

2. Keburukan cermin Berlapis adalah dari segi keluar dari kereta apabila kecemasan

Apabila terjatuh ke sungai ataupun laut ia sukar untuk pemandu menyelamatkan diri dan keluar dari kereta. Walaupun pemandu selamat keluar mengikut cermin hadapan, pemandu mungkin mengalami kecederaan serius.

Cara nak mengenal-pasti Cermin Kereta Selapis dan Berlapis..
Cara mengenal pasti cermin kereta selapis dan berlapis adalah senang, anda cuma perlu tengok tulisan yang ada pada logo cermin anda.

Sumber: wiki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*