(Video) “Buat prank makan ta*i Kucing.” Reaksi Spontan Si Ibu Pula Bikin seram

Sebut sahaja Nutella atau Milo, rata-rata netizen dapat membayangkan warna, tekstur serta rasanya. Namun, disebalik rasanya yang sedap, ada juga individu yang menjadikannya sebagai bahan utama untuk melakukan ‘prank’.

Peranan warna coklat yang dimiliki kedua-dua bahan ini menyebabkan ‘ma.ngsa’ mudah terpedaya dengan helah yang dikenakan.

Begitu juga kisah yang dikongsikan oleh penguuna twitter yang memperlihatkan seoorang anak yang ‘prank’ ibunya sehingga wanita itu terasa loya.

Menerusi video ini, kelihatan seorang lelaki yang menggoreng pisang, seterusnya menyaluti pisang yang telah digoreng itu dengan nutella dan serbuk milo.

Untuk menjadikannya kelihatan ‘real’, dia meletakkannya ke dalam bekas yang berisi pasir kucing secara berlapik (plastik lutsinar) sebelum bertindak mengambil makan di hadapan ibunya.

Pada awalnya, wanita yang kelihatan ‘lepak’ dengan seekor kucing di ruang tamu itu akhirnya menjadi ‘ma.ngsa’ anaknya. Tindakan si anak itu menyebabkan si ibu terkeejut dan menjerit.

Rata-rata netizen tidak lupa untuk menyuarakan pendapat masing-masing di ruangan komen dan kebanyakan mereka terhibur dengan aksi spontan si ibu.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*