(Video) Bukan Saja-saja Letak, Rupanya Setiap Nombor & Perkataan Ini Ada Maksud Tersendiri

Bila sudah lama duduk di rumah ni, mesti kereta masing-masing terus tersadai dan tidak bergerak kan? Kalau keluar pun hanya untuk beli barang dalam tempoh waktu yang sekejap saja.

Pun begitu, ia tidak boleh menjadi alasan untuk korang tidak menjaga dan menyelenggara kereta tersebut. Pelbagai masalah yang boleh berlaku jika kereta sudah lama tidak digunakan.

Bukan saja bahagian enjin, periksa juga pada bahagian tayar kereta kerana ia mungkin akan kempis. Disebabkan itu juga, korang seharusnya mengisi angin tayar mengikut spesifikasi tayar kereta korang.

Mungkin ada yang belum tahu, terdapat beberapa tulisan yang menjadi ‘petunjuk’ buat semua pengguna kereta mengenai tahap angin atau kelajuan pada tayar tersebut.

Untuk ketahui lebih jelas pasal tayar itu, korang boleh tengok video yang dikongsikan oleh Carlson Chia di bawah ini.

 

Diharapkan lepas ni korang akan lebih peka mengenai ‘kesihatan’ tayar dengan melihat spesifikasi yang telah ditetapkan pada tayar itu. Semoga bermanfaat.

Sumber: Carlsonchia_oe

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*