(Video) Cara ‘Buat Duit’ Kat Youtube, Tak Payah Tunjuk Muka Dalam Video Edit Guna Website Je

YouTube merupakan platform video yang menjadi kegemaran ramai. Malah kebanyakan pengguna internet lebih memilih YouTube sebagai pengganti rancangan televisyen.

Selain dijadikan sebagai platform hiburan, tak kurang juga yang menggunakan YouTube untuk menjana pendapatan. Ada yang berjaya menghasilkan pendapatan secara konsisten dengan membuat content yang dimuatnaik di akaun YouTube.

Namun, tak semua selesa buat content yang kena tunjuk muka kat YouTube. Bagi yang nak buat duit melalui platform ni tapi taknak tunjuk muka, korang boleh muatnaik content yang hanya menggunakan stock footage dan audio.

Melalui akaun TikTok @mattlorion, lelaki ini tunjukkan macam mana nak hasilkan content YouTube tak payah tunjuk muka, guna dua laman web ni je. Video ini mendapat 735.7 ribu tontonan 77.1 ribu sukaan setakat ini.

 

Sumber: TikTok @mattlorion

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*