(Video) Cara Nak DIY ‘Projector’ Hologram, Boleh Cuba Buat Sendiri

Pernah tak masa kecik-kecik dulu korang main bayang-bayang kat dinding rumah? Nak-nak pulak masa rumah takda elektrik. Memang itu jelah yang jadi hiburan santai sementara tunggu bekalan elektrik pulih. Nostalgia betul kalau ingat balik.

Tapi bayang-bayang yang korang buat kat dinding tu dalam bentuk dua dimensi je kan. Tapi sekarang korang boleh kembalikan nostalgia zaman kanak-kanak korang dalam bentuk tiga dimensi (3D).

Video yang diunggah di akaun TikTok @faadiyahnur ni menunjukkan cara-cara nak buat piramid hologram 3D sendiri kat rumah. Hanya guna kertas A4 dengan transparent sheet (kepingan lutsinar) je.

Untuk projector, korang boleh pakai telefon pintar je sebagai pemancar dengan meletakkan piramid hologram tu atas skrin telefon. Video hologram 3D tu pulak korang boleh dapatkan kat YouTube.

Nak tahu macam mana nak buat piramid hologram 3D ni, boleh tengok video di bawah.

 

Sumber: TikTok @faadiyahnur

Hologram

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gambar hologram yang ditangkap pada dua sudut pandang yang berbeza
Hologram (Jawi: ‏هولوݢرم‎‎) ialah imej tiga dimensi yang terhasil daripada “perakaman” gelombang cahaya yang diserakkan hasil pemancaran bersumberkan laser ke atas objek sasaran, sepertimana juga sesebuah rakaman suara itu menyimpan getaran dan gelombang bunyi yang dihasilkan objek untuk dimainkan kemudian.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*