(Video) Detik Cemas Abang Jaga Tengah Duk Sedap Makan ‘Dirompak’ Monyet

Selain kucing, monyet juga sentiasa menarik perhatian manusia kerana tingkah lakunya yang sememangnya sangat nakal dan terkadang tidak boleh dikawal. Tidak hairanlah juga jika ada sesetengah orang yang merasa takut terhadap haiwan itu.

Pun begitu, banyak juga peristiwa-peristiwa lucu yang melibatkan monyet berlaku sebelum ini dan menjadi tular di media sosial.

Terbaru, video yang dimuatnaik oleh @Hafiz96 di TikTok menjadi tular sehingga mendapat sebanyak 2.2 juta tontonan setakat ini.

Menerusi video itu, Hafiz yang bekerja sebagai pengawal keselamatan dilihat sedang asyik memakan roti. Tetapi, ketika sedang enak menyantap roti tersebut, muncul seekor monyet yang datang ‘merompaknya’.

Hafiz dilihat sangat terkejut dengan kehadiran haiwan itu dan memberikan sedikit cebisan roti. Walau bagaimanapun, mungkin tidak mahu ‘diapa-apakan’, Hafiz dengan redha menyerahkan kesemua roti tersebut setelah diminta oleh monyet itu.

Tetapi, apa yang melucukan adalah sebelum dia menyerahkan kesemua roti itu, dia sempat mengigit roti itu buat kali yang terakhir dan selepas itu hanya mampu terpinga-pinga seorang diri.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang terhibur melihat insiden tersebut dan kesian dengan nasib Hafiz yang ‘dirompak’ oleh seekor monyet.

Duk sorang-sorang kena rompak..

 

Sumber: hafiz96

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*