(Video) Detik Cemas Dua Wanita Terjatuh Dari Buaian Berhayun Di Tebing Lebih 6 Ribu Kaki Tinggi

Nyawa dua orang wanita ibarat berada di hujung tanduk apabila hampir maut setelah berayun di pinggir tebing yang setinggi 6.300 kaki (1,828 meter).

Menurut IndiaTimes, kejadian mencemaskan itu berlaku di di Dagestan, Rusia apabila kedua-dua orang wanita tersebut telah berayun di Sulak Canyon. Sulak Canyon digambarkan sebagai gaung (canyon) terdalam di Eropah berbanding Grand Canyon di US.

Malang tidak berbau apabila kabel buaian yang dinaiki mereka telah tersekat ketika berayun. Keadaan itu menyebabkan tempat duduk buaian tersebut terbalik di saat ia masih berayun laju.

Kedua-duanya ditakdirkan telah bernasib baik apabila sempat mendarat di platform dek yang sempit di bawah tebing. Mereka dilaporkan hanya mengalami luka dan lebam sebelum dibawa naik semula dengan selamat oleh saudara mereka yang ngeri melihat situasi itu.

Satu sumber mengatakan bahawa kedua-dua wanita tersebut berada dalam ketakutan dan mengalami calar-balar, namun tiada kecederaan serius yang dialami.

Tambahnya lagi, “Ia lebih menggigilkan jika membayangkan kemungkinan yang terjadi sekiranya kedua-dua mereka tergelincir saat ayunan berada pada ketinggian maksimum“.

Rentetan kejadian itu, polis telah menjalankan siasatan dan pemeriksaan keselamatan dilakukan pada buaian serupa yang berdekatan, iaitu di gaung yang lebih satu batu kedalamannya.

Majlis Kazbekovsky tempatan dikatakan tidak berpuas hati dengan piawaian keselamatan dan membuat permintaan agar membuang mendakan tersebut.

Malah, Kementerian Pelancongan di Dagestan juga mengatakan bahawa buaian tersebut ‘tidak memenuhi piawaian keselamatan’.

Jelasnya, “Agensi penguatkuasaan undang-undang dan perkhidmatan lain sudah melakukan pemeriksaan yang relevan untuk memastikan bahawa tidak ada yang mengancam nyawa dan kesihatan“.

 

Sumber: IndiaTimes.comTwitter @UncleRandom

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*