(Video) Detik-detik Cemas Lori Tangki Minyak Terbalik Dan Meletup Berjaya Dirakam

Sebuah lori tangki minyak dilaporkan telah terbalik dan meletup di sebuah jalan raya di Michigan. Video yang dirakam melalui dashcam sebuah kereta memaparkan dengan jelas detik-detik lori tangki tersebut merempuh penghadang, terbalik dan meletup dengan pantas.

Menurut Daily Mail, ia berlaku di arah utara I-75 berhampiran jalan raya Big Beaver Road di Troy sekitar jam 1.15 petang pada Isnin lalu. Difahamkan, lori tangki itu membawa 14,000 gelen petrol dan diesel.

Lori tangki itu terbakar lebih dari dua jam dan anggota bomba mengambil masa yang sangat lama untuk memadam kebakaran tersebut.

Sementara itu, pemandu l0ri tangki terbabit yang berusia 46 tahun dilaporkan berjaya diselamatkan.

“Pemandu lori itu dibawa ke Pusat Perubatan Detroit kerana mengalami kecederaan yang ringan. Tiada kenderaan lain yang terlibat dalam kejadian itu,” kata Troy Police Department dalam satu kenyataan di Facebook.

Tambah kenyataan itu lagi, siasatan mengenai punca nahas juga sedang dilakukan dan saksi telah diminta menghubungi pihak polis untuk membantu siasatan.

 

Sumber: Daily Mail

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*