(Video) Ejek, tendang kereta punca bertumbuk tepi jalan

Membunyikan hon dan saling ejek-mengejek dipercayai menjadi punca seorang buruh dipukul beramai-­ramai dalam kejadian di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini kelmarin.

Kejadian kira-kira pukul 5 petang itu berlaku ketika man.gsa yang berusia 30 tahun sedang berjalan kaki pulang dari tempat kerjanya di Lundang di sini.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu,­ Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, siasatan mendapati, man.gsa didatangi sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Perodua Alza yang dipandu seorang lelaki dan tiga orang penumpang wanita yang membunyikan hon terhadapnya apabila tiba di lokasi tersebut.

Katanya, man.gsa mengenali pemandu MPV itu sebelum berlaku pertengkaran dan ejek-mengejek antara mereka.

“Daripada pertengkaran itu, man.gsa dipercayai telah menendang bahagian depan kereta lelaki tersebut.

“Keadaan semakin tidak terka­wal apabila pemandu bersama seorang penumpang wanita MPV berkenaan telah bertindak berani dengan memukul man.gsa. Selain dipukul oleh dua sus.pek dikenal pasti, man.gsa juga dipercayai dibelasah oleh orang ramai yang berada di tepi jalan itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Menurut Abdul Rahim, pergaduhan itu menyebabkan ­man.gsa mengalami kecede­raan pada bahagian muka dan badan sebelum dibawa untuk menerima­ rawatan di Hospital Raja Perem­puan Zainab II di sini.

Katanya, man.gsa telah membuat laporan polis di Balai Polis Kubang Kerian di sini pada pukul 9.30 pagi semalam.

Berita berkaitan: Hanya mangsa tampil buat laporan polis

“Setakat ini, po.lis masih belum dapat mengenal pasti punca sebenar pergaduhan itu berlaku kerana pemandu MPV dan penumpangnya masih belum tampil membuat laporan.

Menurut Abdul Rahim, kes disiasat Se.ksyen 147 Kanun Ke­s.eksaan kerana merusuh.

Terdahulu, satu rakaman ­vi­deo berdurasi tiga minit 38 saat menunjukkan insiden pergaduhan melibatkan pengguna jalan raya tular di media sosial sejak malam kelmarin.

Video:

 

Facebook Sheikh Zulhari

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*