(Video) Gadis Ini Pesan Jangan ‘Pegang’ Jarum Guna Mulut, Pernah Tertelan Jarum Peniti Masa Pakai Tudung

Bagi wanita berhijab, penggunaan jarum peniti untuk kemaskan tudung bukanlah perkara baru. Malah mungkin lebih daripada satu jarum peniti yang digunakan untuk memakai tudung dengan rapi.

Tapi berapa ramai daripada kaum wanita bertudung di luar sana yang ada tabiat gigit jarum peniti? Selalunya kita buat macam ni sebab nak mudah ambil jarum peniti bila nak pakai tudung.

Walaupun ramai yang ada tabiat ni, namun ia tak sepatutnya dianggap perkara normal kerana boleh mendatangkan bahaya. Bayangkan risiko yang terpaksa dihadapi kalau tertelan benda tajam macam jarum ni.

Video yang dikongsikan pengguna TikTok @aina.azhan ni buktikan yang malang tak berbau. Wanita yang dikenali sebagai Aina Azhan ini memuatnaik video berupa pesanan kepada wanita berhijab di luar sana agar membuang tabiat buruk menggigit jarum peniti supaya tak tertelan sepertinya.

Aina ketika dihubungi berkata, dia telah menjalani prosedur endoscopy untuk melihat keadaan saluran dalam badannya setelah tertelan jarum tersebut. Namun, doktor tidak menemui apa-apa dan hanya perlu menunggu jarum tesebut keluar masa dia membuang air besar.

Walaupun begitu, dia bernasib baik kerana tidak terjadi sebarang luka dalaman dan hanya mengalami gastrik. Menurut Aina, dia kini telah discharge dari hospital dan berada dalam keadaan sihat.

 

Sumber: TikTok @aina.azhan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*