(Video) Gelagat Lembu Tunjuk ‘Skill’ Terjunan Dalam Laut Buat Ramai Geli Hati, Siap Buat ‘Flip’ Lagi

Bermacam ragam dan gelagat haiwan peliharaan mahupun haiwan ternakan. Kadang-kala, ‘aksi’ yang dilakukan oleh haiwan ini tidak dijangka dan boleh menghiburkan hati yang melihat.

Seperti perkongsian sebuah video yang menunjukkan gelagat seekor lembu yang melompat dari atas bot dan terjun ke dalam laut. Tak cukup dengan itu, sempat buat ‘flip’ lagi. Amboi!

Gelagat aksi lembu yang dirakam dan dimuat naik dalam laman Tiktok @djshamketam dengan kapsyen “skill penerjun terbaik ni” telah meraih 1.2 juta tontonan oleh warganet hanya dalam tempoh 24 jam dimuat naik.

Dah lama dia teringin nak buat macam ni..

Warganet yang terhibur dengan gelagat lembut itu telah memberikan pelbagai komen yang lucu dan menggelikan hati.

“Lebih baik aku terjun daripada disembelih”

 

“Salah seekor kontinjen lembu yang mewakili Malaysia di Olympic Animal World…”

Tonton video di sini:

 

Sumber: Tiktok @Djshamketam

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*