(Video) Hadir ke jamuan Aidiladha, 30 warga asing ditahan

Kegembiraan 30 warga asing dan seorang wanita tempatan menikmati jamuan hari raya di sebuah rumah tidak sampai kemuncak apabila sebuah kediaman di Taman Selayang Utama, Batu Caves, dekat sini diserbu po.lis, hari ini.

Individu yang berumur antara 20 hingga 40 tahun itu diperiksa dan ditahan ketika serbuan dilakukan di kediaman itu sekitar pukul 10 pagi.

Ketua Po.lis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Zainal Mohamed Mohamed berkata, serbuan dilakukan sebaik po.lis menerima maklumat daripada penduduk di kawasan berdekatan.

“Siasatan awal mendapati empat daripada mereka memiliki dokumen perjalanan yang sah, enam memiliki Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS) yang sudah tamat tempoh, manakala 20 lagi tidak memiliki sebarang dokumen perjalanan.

“Mereka dikesan melakukan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan iaitu dengan berkumpul dan gagal mengamalkan penjarakan sosial, memiliki PLKS tamat tempoh dan tidak memiliki dokumen perjalanan,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Jelas beliau, wanita tempatan yang ditahan telah dikenakan kompaun RM4,000 mengikut Perkara 16 Peraturan-peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) (Langkah-Langkah Di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) 2021.

“Manakala 29 warga asing lelaki dan seorang wanita pula dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk siasatan lanjut.

“Kesemua tangkapan akan dibawa ke Mahkamah Majistret Selayang esok untuk permohonan reman,” ujarnya.

Video:

 

– K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*