(VIDEO) Ini Muhyiddin Yassin ke?, budak lelaki tergaman lihat PM

Seorang kanak-kanak lelaki tergamam apabila melihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang hadir ke rumahnya untuk mengagihkan daging korban hari ini.

Mungkin kerana terkejut atau terlalu teruja dengan kehadiran pemimpin nombor satu negara itu, kanak-kanak tersebut dengan ‘selamba’ memanggil Perdana Menteri dengan panggilan Muhyiddin Yassin.

“Ini Muhyiddin Yassin ke?” jelas kanak-kanak lelaki tersebut sambil mengambil bungkusan daging yang diedarkan oleh Perdana Menteri itu.

Menerusi klip video tersebut, Muhyiddin turut menyapa dengan bertanyakan khabar keluarga kanak-kanak tersebut yang berada di dalam rumah terbabit.

Reaksi spontan kanak-kanak itu telah menarik perhatian pengguna lain di Facebook dan mereka telah meninggalkan beberapa komen pada hantaran tersebut.

Seorang pengguna Facebook, Bella Park berkata, kanak-kanak lelaki itu mempunyai adab yang baik kerana menegur Perdana Menteri dengan panggilan tersebut.

“Tapi bagus dia kenal walaupun dia tidak tahu nak panggil pangkat apa dekat depan-depan. Nak sebut pak cik macam tak kena. Tapi dengar cara bercakap beradab budaknya. Terbaik adik,” jelasnya.

Video:

 

– K! ONLINE.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*