(Video) Ini Penjelasan ‘Haiwan’ Pelik Yang Viral Di Media Sosial, “Sepatutnya Tak Ada Kat Bumi”

Tular baru-baru ini tentang seorang pengguna Tiktok mendakwa dia terjumpa seekor ketam kepala yang sangat aneh di halaman rumahnya.

Namun, sejauh mana kesahihan dakwaannya itu. Jadi, jom ikuti penjelasan daripada perkongsian Tiktok, Iqbal Ahyar tentang haiwan tersebut.

Sebenarnya haiwan ini dikenali sebagai Manumala Noxhydria sejenis parasit yang menetas daripada telur ovormoph. Apa yang menyeramkan, haiwan ini bertindak melompat ke arah muka manusia dan meninggalkan ekornya di dalam organ manusia dan keluar menembusi dada.

Menakutkan kan? Jangan risau, sebenarnya haiwan ini tidak wujud pun. Ia hanyalah wujud di dalam sebuah filem bertajuk Alien.

Video:

Untuk pengetahuan korang semua, ketam kelapa atau nama saintifiknya adalah Artropoda ini merupakan ketam darat yang paling besar hidup di dunia. Beratnya boleh mencecah hingga 4.1kg dan membesar sehingga 1 meter.

Ini adalah rupa sebenar ketam kelapa. 

Ketam Kelapa

Ketam Kelapa merupakan haiwan dari keluarga umang-umang yang merupakan antara spesis ketam paling besar di dunia. Semasa kecil perilakunya sama seperti umang-umang, namun setelah bermula hidup di daratan ia mampu membesar sehingga 1 meter (kaki ke kaki) dan menjangkau berat 40 kg.

Haiwan ini dikenali sebagai Ketam Kenari di Indonesia atau Coconut Crab dalam Bahasa Inggerisnya. haiwan ini terdapat di beberapa pulau di Sabah dan beberapa pulau di sekitar Lautan Pasifik dan Lautan Hindi.

Umang-umang
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Umang-umang adalah jenis krustasia dekapod yang tergolong dalam superfamili Paguroidea.

Kebanyakan spesies umang-umang berabdomen panjang dan lembut yang dilindungi dari ancaman pemangsa dengan memakai sekeping cangkerang kosong yang ditinggalkan haiwan lain, yang boleh memuatkan badan haiwan ini. Selalunya umang-umang memakai cangkerang siput laut atau mana-mana moluska gastropod marin.

Hujung abdomen umang-umang disesuaikan agar kuat menggenggam turus kulit cangkerang. Sebaik sahaja bertumbuh besar, umang-umang perlu mencari cangkerang yang lebih besar, sekaligus meninggalkan yang lama.

Tabiat mendiam dalam cangkerang lama ini memberikan nama umang-umang dalam bahasa Inggeris sebagai “hermit crab”, sempena bayangan pertapa yang tinggal sendirian dalam gua.

Terdapat lebih kurang 1100 spesies umang-umang yang diketahui di dunia, kebanyakannya adalah akuatik dan tinggal dalam air masin dari secetek terumbu karang dan pesisir pantai hingga sedalam dasar laut. Di kawasan tropika pula adanya spesies umang-umang daratan, ada daripadanya agak besar, contohnya Coenobita clypeatus.

Umang-umang liar hidup secara berkumpulan iaitu sekawan 100 ekor atau lebih. – Wiki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*