(Video) Juara Sebenar, Viral Aksi Jurufoto Ni ‘Join’ Acara Lari Pecut 100m Jadi Perhatian

Sebagai seorang jurufoto ataupun videographer, sudut pengambaran yang terbaik sangatlah diperlukan oleh mereka supaya penonton dapat melihat hasil yang sangat menakjubkan.

Disebabkan itulah, mereka juga sentiasa cuba merakamkan sesuatu detik terbaik walaupun terpaksa berkerja keras untuk mendapatkannya. Seperti seorang jurufoto di China ini, dia telah menarik perhatian ramai orang ketika merakamkan aksi perlawanan lumba lari 100 meter melibatkan pelajar kolej.

Apa yang menarik adalah lelaki itu turut berlari dengan membawa kamera di tangannya dan kekal di hadapan pelumba-pelumba lain sehingga tamat perlawanan.

Turut digelar sebagai ‘juara sebenar’, jurufoto ini telah mendapat pujian ramai kerana aksinya yang gigih mendapatkan rakaman terbaik bagi perlumbaan ini.

Dengan beban peranti kamera 4kg di tangannya, lelaki ini juga sempat juga menoleh ke belakang memastikan ‘dirinya lebih pantas dari pelumba lain’.

Sumber: South China Morning Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*