(VIDEO) Kantoi Main Lumpur, Bila Nampak Kelibat Ayah Tiga Beradik Ini Lari Tak Cukup Tanah

Semakin meningkat dewasa, sudah pastinya kita akan rindukan zaman kanak-kanak bukan?

Namun, apa salahnya kalau sekali sekala kita mengimbau kembali zaman kecil yang tidak perlu memikirkan masalah dunia itu. Sama seperti sebuah video yang tular di laman TikTok ini apabila gelagat tiga beradik kantoi bermain lumpur mengundang dekah ramai.

Sakan main lumpur kalah budak kecil, sekali menggelupur lari bila nampak ayah datang

Menerusi video yang dimuat naik oleh Sharif Dazni Suhaimi, kelihatan dia dan dua lagi adik-beradiknya sedang seronok bermain lumpur di kawasan bukit berdekatan rumah mereka.

Namun, apa yang melucukan adalah apabila mereka kemudian dilihat kelam kabut berlari apabila ternampak ayah mereka muncul di situ.

Lebih menghiburkan lagi, mereka berkaki ayam dan terpaksa menahan sakit apabila memijak jalan yang penuh batu tajam itu.

Lihat video penuh itu di bawah:

“Dah boleh jadi bapak orang tapi dia punya perangai hahaha” – Warganet

Ikutan tularnya video tersebut yang kini meraih 756.2K tontonan, 76.1K tanda suka dan 2.5K perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat tiga beradik itu.

Malah, ada yang sempat meluahkan rasa rindu zaman kecil mereka dan berkongsi pengalaman sama.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Sumber:  @sharifdaznisuhaimi (TikTok)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*