(Video) Kerajaan atau Rakyat yang gagal, kenapa anda semua bodoh? – Catriona Ross

PETALING JAYA – Pelakon Catriona Ross meluahkan rasa berang dan marah terhadap segelintir rakyat Malaysia yang masih berdegil untuk berpusu-pusu pulang ke kampung sebaik sahaja kerajaan mengumumkan Perintah Kawalan atau ‘total lockdown’ bermula 1 Jun.

Catriona yang sedang popular dengan dengan karajter Kak Kek Dari Pattani berkata, tindakan degil orang ramai, sekali gus menunjukkan punca kenaikan kes harian positif Covid-19 di negara ini adalah berpunca daripada kegagalan rakyat sendiri.

“Mengapa masih ramai lagi yang tidak faham denga napa yang berlaku sekarang?

“Saya memang rasa nak marah sekarang sebab ramai kata kerajaan gagal. Tetapi sebenarnya yang gagal itu adalah kamu semua yang tidak ikut prosedur operasi standard (SOP). Bila kerajaan umum ‘lockdown’, tiba-tiba sesak lebuh raya,” ujarnya.

Ujar pelakon filem Mistik itu, dia berasa hairan dengan sikap rakyat Malaysia apabila ramai yang meroyan dan bising meminta kerajaan melaksanakan ‘total lockdown’.

Namun selepas keinginan rakyat dipenuhi (lakukan lockdown), semua kelam-kabut untuk berada di atas jalan raya dan berpusu-pusu pulang ke kampung.

“Anda semua mementingkan diri sendiri, tidak berhati perut dan menyusahkan ramai pihak.

“Why are you stupid? (mengapa anda bodoh?). Ramai yang kononnya ada dokumen sah untuk keluar balik kampung.

“Sebenarnya anda semua sangat mementingkan diri sendiri dan tidak berhati perut kerana tidak memakai akal fikiran yang diberikan Allah SWT,” katanya.

Dalam pada itu, Catriona turut bimbang memikirkan tercetusnya kluster Aidilfitri pada hari ini sehingga menyebabkan ramai yang sudah meninggal dunia kerana Covid-19.

“Ingat kamu boleh membawa virus tanpa kamu sedari,” tegasnya.

Pada Jumaat lalu, tular dalam media sosial keadaan di lebuh raya Pantai-Timur yang sesak teruk dengan penambahan jumlah kenderaan di atas jalan raya dari Kuala Lumpur.

Difahamkan, ada sebahagian besar pemilik kenderaan tersebut mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung sebelum negara melaksanakan ‘total lockdown’ bermula esok sehingga 14 Jun nanti. – K! ONLINE

 

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*