(Video) Kerana ‘Fasih’ cakap Tamil, akak dapat diskaun

Seorang wanita Melayu dipuji orang ramai apabila fasih berbahasa Tamil ketika membeli barang keperluan di sebuah kedai runcit yang dimiliki oleh pemilik berbangsa India.

Perkongsian satu klip video di laman YouTube NuR MuHD menyaksikan seorang wanita Melayu bertudung memilih barangan keperluan di sebuah kedai runcit dengan fasih bertutur menggunakan bahasa Tamil mencuit hati pemilik kedai tersebut.

Pemilik kedai runcit itu sempat bergurau dan berkata, disebabkan dia (wanita) itu pandai berbahasa Tamil, barang yang dibeli itu akan diberi dengan harga diskaun.

“Jangan risau, saya bagi diskaun. Awak memang pandai berbahasa Tamil, saya terkejut dengan kefasihan berbahasa awak,” jelas pemilik kedai runcit itu.

Rata-rata orang ramai memuji wanita tersebut dan menyifatkan dia seorang yang berani mencuba dan belajar bahasa yang jarang dipelajari oleh rakyat Malaysia yang lain.

“Sepatutnya masyarakat Malaysia perlu berani seperti kakak ini, saya sendiri juga masih belajar bahasa Tamil tetapi tidak secekap kakak ini,” jelas Nur Seri Nilam.

Bahasa Tamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Tamil (தமிழ் tamiḻ) merupakan bahasa klasik dan salah satu bahasa utama dalam keluarga bahasa Dravidian. Ditutur secara meluas oleh bangsa Tamil di India selatan dan Sri Lanka, bahasa Tamil juga ditutur oleh komuniti kecil di negara lain. Setakat tahun 1996, bahasa ini menjadi bahasa ke-18 paling banyak ditutur di dunia, dengan jumlah penuturnya melebihi 74 juta orang.

Sebagai salah satu di antara bilangan kecil bahasa klasik yang tinggal di dunia, bahasa Tamil mempunyai tradisi kesusasteraan yang sukar dilunturkan sejak lebih dua alaf. Tulisan bahasa Tamil memang sedikit perubahannya sepanjang tempoh tersebut. Kesannya, kesusasteraan klasik banyak diterapkan dalam pertuturan harian seperti kesusasteraan moden. Murid-murid sekolah Tamil, contohnya, masih diajar aksara-aksara Tamil melalui kaedah átticúdi, kaedah rima abjad yang direka kira-kira pada abad pertama Masihi.

Nama ‘Tamil’ bersempena bentuk “pembaratan” bagi nama asal தமிழ் (/t̪ɐmɨɻ/). Huruf terakhir nama tersebut, yang lazimnya ditranskripsi sebagai huruf kecil l atau zh, merupakan l yang dihasilkan apabila menggulungkan lidah ke belakang. Dalam transkripsi fonetik, huruf ini biasanya dilambangkan dengan simbol penggeseran gelungan.

 

– K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*