(Video) Lelaki berang diminta pakai pelitup muka bikin kecoh

Seorang lelaki yang tidak memakai pelitup muka mencetuskan kekecohan di sebuah gerai nasi lemak di Taman Desa, Kuala Lumpur, semalam, dengan memarahi peniaga dan seorang pelanggan yang memintanya memakai pelitup muka.

Dalam satu klip video tular, lelaki yang memakai singlet hitam dan berseluar pendek itu dilihat mencemuh seorang lagi pelanggan berbaju jingga supaya menghubungi po.lis bagi melaporkan dia tidak memakai pelitup muka.

“Apa yang kamu mahu lakukan, hubungi polis ah? Telefonlah ******, apa yang kamu tunggu? Telefon kamu tiada kredit? Nak saya belikan kamu kredit? Maka ‘**** off’,” katanya sebelum seorang gadis yang membantu ibunya berniaga di gerai nasi lemak itu campur tangan untuk mengelakkan keadaan bertambah buruk.

Gadis itu, yang hanya mahu dikenali sebagai Lyn Centino, berkata, beliau dan ibunya berniaga di gerai mereka di Taman Desa sejak lapan tahun lalu dan lelaki berbaju jingga itu adalah pelanggan tetap mereka.

Beliau memberitahu FMT yang lelaki berbaju hitam itu datang membeli nasi lemak kira-kira 10.30 pagi dan ibunya mendapati dia tidak memakai pelitup muka.

“Mak saya sedang membungkus nasi lemak apabila memberi isyarat dan meminta lelaki itu memakai pelitup mukanya. Kemudian dia menjerit ‘Siapa kamu? Kamu jual nasi lemak, buat sahaja kerja kamu’. Mak saya benar-benar terkejut.

“Kemudian, seorang lagi pelanggan, yang juga merupakan pelanggan tetap kami, menjawabnya dengan berkata, SOP mewajibkan pemakaian pelitup muka. Lelaki itu tidak dapat menerimanya dan mahu bergaduh.

“Jika kamu lihat video itu, mereka hampir bergaduh. Jadi, saya segera meleraikan mereka sebelum sesuatu yang buruk berlaku.”

Walaupun tidak membuat laporan po.lis berhubung kejadian itu, Centino berkata, beliau dan ibunya terkejut serta tertekan dengan kejadian itu.

“Tambahan ia adalah Ahad dan sangat sibuk. Kemudian ini berlaku secara tiba-tiba. Ia menjejaskan kami dan kami berasa agak sedih.”

FMT cuba menghubung Ketua Po.lis Daerah Brickfields, Anuar Omar untuk mendapatkan komennya. – FMT

Video:

Facebook Han’s

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*