(Video) Lelaki beri bayi minum bir Guinness tanpa rasa bersalah kini sedang diburu pol1s

Viral di media sosial video seorang lelaki memberi anaknya yang masih bayi minum minuman keras, Guinness, tanpa sebarang rasa bersalah, mengundang kemarahan netizen.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintendan Kamarul Rizal Jenal berkata, pihaknya ada menerima laporan berhubung video viral itu yang dikatakan berlaku di sebuah flat di Teluk Bahang. Polis kini sedang melakukan siasatan dan giat mengesan suspek terbabit.

Sementara itu, ketua badan bukan kerajaan (NGO, David Marshel menggesa polis mengambil tindakan terhadap lelaki terbabit yang menurutnya perbuatan seperti itu tidak sepatutnya berlaku.

“Laporan polis sudah dibuat dan minta pihak polis menjalankan siasatan segera dan mengambil tindakan sewajarnya mengikut undang-undang,” katanya.

Kes yang hampir sama pernah berlaku pada Mei 2021 di mana seorang bapa memberi anaknya yang masih bayi menghisap vape sehingga mengundang perhatian pihak polis. Pasangan itu telah ditahan dan dihadapkan ke mahkamah untuk tindakan undang-undang.

Bagaimanapun, pasangan itu mengaku tidak bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan. Sebelum ditahan, pasangan itu pernah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf di atas tindakan mereka dan menjelaskan mereka hanya sekadar bergurau sahaja.

Sumber: Harian Metro

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*