(Video) Lelaki Pakistan Gembira Rakan Sekerja Belanja Nasi Ayam, Ucap Terima Kasih Berulang Kali

Sikap murah hati adalah suatu sikap yang mulia. Kita mestilah berbuat baik dengan sesiapa sahaja tidak mengira bangsa ataupun agama.

Sama seperti kisah wanita ini yang berkongsi rezeki dengan rakannya yang merupakan seorang lelaki warga Pakistan.

Melalui perkongsian video oleh pengguna bernama @noracina93 di laman TikTok, dia merakam seorang lelaki yang sedang menikmati makanannya. Difahamkan, lelaki tersebut merupakan rakan sekerjanya.

Dalam video berkenaan, wanita yang dikenali sebagai Nora Azizah itu dipercayai telah berjanji untuk membelikan nasi ayam kepada lelaki tersebut.

Pada awalnya, lelaki Pakistan itu tidak percaya dan menganggap rakannya itu hanya bergurau sahaja.

Namun begitu, selepas wanita itu membawa nasi ayam berkenaan dan memberikan kepadanya, lelaki tersebut sangat gembira dan terus menjamah nasi tersebut dengan sangat berselera.

Apa yang lebih mengharukan, pemuda berkenaan mengucapkan terima kasih berkali-kali sebagai tanda menghargai pemberian tersebut.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata warganet turut terharu melihat reaksi pemuda itu dan mendoakan agar wanita tersebut dimurahkan rezeki.

Semoga lebih ramai yang berkongsi rezeki walaupun sekecil mana pun ia kerana setiap pemberian itu sedik sebanyak dapat menggembirakan orang lain.

 

Video:

 

SOURCE: TIKTOK via Buzzkini

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*