(Video) Lelaki ‘Selamber’ Ratah Kepak Ayam Ketika Kena Rompak, Tenang Walau Pistol Depan Muka

Siapa tak gelabah kalau tengah elok bersantai, tiba-tiba datang penjahat acukan pistol di tepi kepala. Boleh lembik lutut jadinya.

Pun begitu di sebuah restoran di lokasi yang tidak dimaklumkan, seorang lelaki tetap dilihat tenang ketika dirompak seorang individu bersenjata di sebuah restoran.

Menerusi video dikongsikan Daily Mail, lelaki tersebut sedang menikmati keenakan kepak ayam sebelum secara tiba-tiba seorang perompak bersenjatakan pistol memasuki restoran berkenaan.

Perompak itu kemudiannya mengacukan pistol dan mengarahkan para pelanggan menyerahkan barang mereka, membuatkan ramai ketakutan.

Suspek kemudiannnya merentap rantai dipakai lelaki tersebut yang sedang menikmati kepak ayam sebelum meneruskan ugutan.

Biarpun rantai dipakainya direntap serta diacukan pistol di hadapan muka, lelaki itu seakan tidak kisah, lantas menyerahkan telefon miliknya kepada perompak berkenaan sebelum meneruskan gigitan seterusnya.

Tonton video tersebut di bawah.

 

Sumber: Daily Mail

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*