(VIDEO) Lima daripada tujuh suspek kes bertumbuk positif dadah

Lima daripada tujuh sus.pek yang terlibat dalam kes seorang buruh dipukul beramai-ramai di tepi Jalan Pasir Tumboh di sini Selasa lalu didapati positif dadah.

Ketua Po.lis Daerah Kota Bharu,­ Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud berkata, empat daripada lima orang sus.pek itu didapati positif ubat penenang iaitu benzo manakala seorang lagi positif dadah jenis amphetamine.

Katanya, enam sus.pek ditahan kira-kira pukul 5.30 petang hingga 11 malam semalam di sekitar Kota Bharu manakala seorang lagi sus.pek di Selising, Pasir Puteh kira-kira pukul 1.45 pagi tadi.

“Siasatan mendapati, tiga wanita yang berusia 33, 22 dan 21 tahun bekerja sebagai pembantu kedai dan mereka positif dadah jenis benzo. Ketiga-tiga sus.pek wanita itu juga tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.

“Seorang sus.pek lelaki berusia 46 tahun juga positif dadah jenis benzo manakala seorang lagi lelaki berusia 24 tahun positif dadah jenis amphetamine,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Abdul Rahim, kedua-dua sus.pek lelaki itu bekerja sebagai peniaga dan mereka mempunyai rekod jen.ayah lampau berkait dadah serta kes jen.ayah.

Ujarnya, dua lagi sus.pek lelaki dalam kejadian tersebut iaitu buruh berusia 45 tahun dan penganggur berusia 19 tahun didapati negatif dadah.

Katanya, po.lis telah merampas sebuah kenderaan pelbagai guna jenis Perodua Alza yang dipandu sus.pek dan barangan lain yang mempunyai kaitan dengan kejadian pergaduhan itu.

Video:

– K!ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*