(Video) Lupa Tarikh Luput Telur? Ini Cara Mudah Nak ‘Check’ Tahap Kesegaran Telur

Telur yang rosak boleh menyebabkan keracunan, malah mungkin menyebabkan kematian. Oleh itu, sebaiknya, kita digalakkan untuk memeriksa kesegaran telur selain memastikan ia masak sepenuhnya bagi membunuh kuman yang mungkin telah mencemari telur berkenaan.

Tapi, macam mana nak tahu jika sebiji telur itu telah dimasuki kuman? Apatah lagi jika bekas telur telahpun dibuang dan tarikh luputnya pun sudah ‘hilang dari ingatan’?

Ada beberapa cara mudah yang boleh anda praktikkan untuk pastikan tahap kesegaran telur sebelum dimasak. Pertama, anda boleh merendam telur tersebut ke dalam air dan lihat jika ia terapung atau separa terapung sepertimana dikongsikan saudari @hazirah.zaini ini.

Kedua, anda juga boleh memecahkan telur ke dalam mangkuk sebelum menggoreng. Awas jika telur kuningnya pecah atau tekstur telur cair, ia mungkin petanda telur sudah dicemari bakteria. Jangan masak untuk bayi anda ya!

Jom tengok cara nak semak tahap kesegaran telur sebelum ianya dimasak.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*