(Video) Mekanik Kongsi Apa Perlu Buat bila ‘Aircond’ Kereta Tak Sejuk Lepas Jalan, Tanpa Perlu Pergi Ke Bengkel

Dah buka aircond maksimum pun masih panas, kenapa ya? Mungkin ramai antara kita pernah mengalami situasi pendingin hawa kenderaan hanya sejuk pada permulaan. Lama-kelamaan, kesejukan mula hilang.

Nah, kami kongsikan tips daripada mekanik, @abangcomot di TikTok. Mungkin ada banyak puncanya, tapi salah satu ikhtiar yang korang boleh lakukan ialah dengan menukar penapis ( filter) ‘aircond’ kereta anda.

Rupanya mudah sahaja, kakak-kakak pun boleh buat sendiri kat rumah ja. Buka sahaja ‘laci’ dashboard dan di situ terdapat ruangan yang menempatkan penapis. Keluarkan penapis serta gantikan dengan yang baru, dan aircond anda boleh menjadi sejuk semula.

 

Sumber: @abangcomot

Punca Aircond Kereta Tak Sejuk

#1 Kekurangan Bahan Penyejuk

Jika aircond kereta anda tidak lagi mengeluarkan angin sejuk, ini menandakan sistem aircond kereta anda perlu dicaj semula. Ini bermaksud, anda perlu menambah bahan penyejuk atau refrigerant tambahan ke dalam sistem aircond kereta anda untuk membolehkannya mengeluarkan angin sejuk seperti biasa. Anda juga boleh mendapatkan bantuan pihak profesional untuk menjimatkan masa sekali gus dapat memastikan proses penyelenggaraan yang dilakukan mengikut spesifikasi yang betul.

#2 Kebocoran Bahan Penyejuk

Kebiasaannya, kebocoran bendalir bahan penyejuk sukar untuk dikesan disebabkan oleh bendalir bahan penyejuk akan tersejat ke udara dengan cepat. Mekanik profesional biasanya menggunakan alatan khusus untuk mengesan tanda-tanda tekanan bahan penyejuk yang rendah dalam sistem. Namun begitu, terdapat tanda-tanda berlaku kebocoran bendalir bahan penyejuk dalam penyaman udara kereta anda:

Terdapat bunyi semasa penyaman udara kereta dihidupkan;
Kitaran penyaman udara on atau off dengan kerap;
Terdapat bunyi daripada sistem penyaman udara (semasa enjin dimatikan);
Terdapat sisa-sisa minyak di sekitar hos dan aksesori paip penyaman udara.

#3 Kegagalan Motor Kipas

Selain itu, antara punca yang menyebabkan aircond kereta tak sejuk adalah disebabkan oleh kegagalan motor kipas yang terletak di bahagian depan motor kenderaan. Penting untuk anda sentiasa memastikan motor kipas anda sentiasa berfungsi dan berada dalam keadaan baik. Motor kipas yang berfungsi bukan sahaja dapat memberikan keselesaan kepada anda malah mengoptimumkan penyejukan terutamanya di bahagian enjin kereta anda.

Anda juga boleh melakukan visual checking dengan cara membuka bonet depan semasa enjin dihidupkan untuk memastikan sama ada kipas ini berfungsi atau tidak. Jika kipas tidak berfungsi, kemungkinan besar berlaku kerosakan pada fius, geganti (relay) atau motor kipas.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*