(Video) Mungkin Ada Yang Belum Tahu, Ini Cara Nak Tengok ‘Battery Health’ Untuk Telefon Android

Teknologi canggih seperti telefon pintar sudah menjadi suatu keperluan pada kita sekarang. Bukan sahaja telefon ini digunakan sebagai alat perhubungan, malah menjadi tempat pengajaran dan pembelajaran secara dalam talian ketika pandemik masih melanda negara kita buat masa ini.

Namun, apabila gajet ini sering digunakan setiap masa tanpa henti, pastinya lama kelamaan terdapat beberapa masalah padanya, antaranya seperti bateri cepat turun dan panas, ‘storage‘ penuh dan sebagainya.

Mungkin ada pengguna Android masih belum mengetahui bahawa bateri telefon pintar kita juga boleh diperiksa kesihatannya, atau lebih mudah kita panggil sebagai ‘batery health‘.

Sebaiknya kesihatan bateri telefon perlu kerap diperiksa bagi memudahkan kita mengoptimakan semula telefon agar penggunaannya lebih laju dan selamat.

Nanti mudah nak monitor kegunaan bateri phone kita.

Jadi, bagi pengguna telefon Android, terdapat cara untuk memeriksa ‘batery health‘ telefon anda melalui perkongsian video oleh @bossadrian_derisogadget di Tiktok ini. Mudah dan ringkas sahaja perkongsiannya, ikuti video di bawah dan selamat mencuba.

Sumber: Tiktok @bossadrian_derisogadget

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*