(Video) Mungkin Tak Sedar, Ini Cara ‘Check’ Sama Ada Whatsapp Kena ‘Ceroboh’ Atau Tidak

Aplikasi Whatsapp merupakan medium penghubung seseorang kepada seorang individu yang lain. Pelbagai manfaat boleh dinikmati menerusi aplikasi ini khasnya untuk berhubung ataupun berkongsi cerita kepada orang lain. Boleh dikatakan, Whatsapp lebih bersifat peribadi kerana mesej-mesej yang dihantar tidak terdedah kepada umum melainkan ianya dikongsikan dalam group ataupun status.

Pun begitu, timbul juga kerisauan mengenai pencerobohan menerusi Whatsapp sehingga boleh mengakses mesej-mesej di dalamnya. Bukan itu sahaja, penipuan atau pemalsuan beberapa perkara turut berisiko berlaku dan pasti memberikan kesan yang tidak baik kepada mangsa. Oleh yang demikian, sangat penting untuk memastikan Whatsapp anda bebas daripada pencerobohan pihak luar.

Jangan khuatir kerana seorang lelaki bernama Hafizi Zain ada berkongsikan cara untuk mengelak dari Whatsapp kena ceroboh oleh pihak lain. Menerusi perkongsiannya, anda hanya perlu menekan pilihan tetapan pada bahagian atas kanan dan juga masuk kepada ‘Linked devices’. Di dalamnya, anda boleh melihat Whatsapp anda sedang digunakan oleh peranti luar melainkan telefon bimbit anda.

Sekiranya menemui sambungan asing, anda boleh membuangnya dengan menekan ‘Log Out’ pada senarai tersebut. Tindakan ini perlulah diperiksa dalam kadar yang kerap supaya Whatsapp anda berada dalam keadaan yang selamat. Untuk tahu lebih lanjut mengenai perkara ini, anda boleh menonton video di bawah:

 

Mungkin juga ramai yang sudah tahu bahawa fungsi ini juga adalah untuk menghubungkan Whatsapp anda dengan web melalui Whatsapp Web. Hanya perlu mengimbas code yang dipaparkan dan anda boleh mengakses Whatsapp menggunkan peranti lain seperti komputer riba. Pun begitu, ia juga boleh mengesan sekiranya terdapat individu yang mengakses Whatsapp anda secara senyap tanpa pengetahuan anda.

Sumber: Hafizi Zain

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*