(Video) Nak Minta Hutang Dari Mak, Sekali Mak Ungkit ‘Hutang’ Dari Sejak Lahir Sampai Remaja

Pernah tak korang bergurau senda dengan ibu dan bapa tentang mereka pernah ‘berhutang’ dengan kita? Mesti pernah kan.

Tetapi bila mak atau ayah kita senaraikan ‘hutang’ kita dari sejak lahir sehingga besar memang buat kita terdiam dan terkelu. Ye, lah ibu bapa mesti nak yang terbaik untuk anak-anak jadi mereka sanggup sediakan banyak wang untuk menampung kos perbelanjaan kita.

Sama seperti video yang dikongsikan oleh gadis ini di mana dia mula mengungkit hutang yang ibunya buat. Sekali ibu membebel tentang perbelanjaannya sejak kecil memang membuatkan ramai yang terhibur.

“Ye aku ingat semua tu. Ni aku nak ungkit sikit…waktu lahir ko, bayar bil engko hospital swasta tau…last-last ni, ko kena bayar balik semua”

Memang kelakar dan ramai yang terhibur dengan telatah Ain dan ibunya. Video ini mendapatkan lebih 390 ribu tanda suka dalam masa 24 jam sahaja.

Korang pernah rasa macam ni tak? Mesti menyusuk kalbu kan?

Sumber: Ain Rose

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*