(VIDEO) Pelik! bungkusan jatuh daripada lori ‘berjalan’ sendiri

PETALING JAYA – Klip video menunjukkan sebuah bungkusan yang dikatakan terjatuh daripada sebuah lori kurier dan bergerak sendiri tular di platform TikTok.

Video perkongsian pemilik akaun TikTok bernama @melinaa_93 itu ditonton 456,000 kali dan mendapat ribuan komen sejak dimuat naik, semalam.

Berdasarkan video tersebut, bungkusan itu bergerak menuju ke bahagian pengumpulan bungkusan sambil diperhatikan beberapa individu dipercayai pekerja syarikat penghantaran berkenaan.

Rata-rata netizen cuba meneka kandungan bungkusan dan juga mengaitkan kejadian tersebut dengan kejadian mistik.

“Pernah terjadi kepada kami semasa bekerja di sebuah syarikat kurier dulu. Nampak kotak bergerak-gerak. Sekali periksa tengok jenglot,” komen pengguna bernama @Nu’oi Qismis.

“Mungkin penyedut habuk automatik yang boleh berpusing-pusing satu rumah,” ujar @ayudamansara.

“Bukalah tengok. Agaknya ada haiwan di dalam,” kata @Khairunnisa Nisa.

“Mungkin itu mainan sebab pernah terjadi pada saya. Ia terhentak kuat dan terus berfungsi sendiri,” kata seorang netizen. – K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*