[Video] Pemain bola sepak bercerai, isteri hamil 9 bulan menangis di siaran langsung TV

Dunia hiburan Indonesia dikejutkan dengan keruntuhan rumah tangga antara Alfath Fathier dan penyanyi terkenal Ratu Rizky Nabila sejak 3 hari yang lalu.

Kisah sedih mereka berdua mendapat liputan panas di sana kerana pemain bola sepak yang terlibat yang bercerai ketika bekas isterinya hamil 9 bulan.

Walaupun keputusan rasmi mengenai status perkahwinan pertamanya belum diketahui, lelaki itu terus mengahwini wanita lain dengan status janda muda.

Berubah beberapa bulan lepas kahwin…Memukul walaupun tahu isteri hamil..

Sebelumnya, Ratu Rizky membuat penyataan bahawa dia menyedari bekas suaminya mulai berubah sikap hanya setelah beberapa bulan perkahwinan mereka.

Keadaan bertambah buruk ketika lelaki itu mula mendera dan memukulnya walaupun mengetahui wanita itu hamil. Bukan hanya itu, dia juga mehembur kata-kata yang menolak untuk mempunyai anak dari keturunan isterinya.

https://www.tiktok.com/@zizikii/video/6959327874260258049?sender_device=pc&sender_web_id=6928324612518921729&is_from_webapp=v1&is_copy_url=0

Masih belum terima apa-apa hingga sekarang…Pampers pun belum dibelikan..

Baru-baru ini dalam wawancara TV, penyanyi itu datang untuk berkongsi kesedihannya, termasuk isu pembayaran nafkah yang masih belum dapat diselesaikan.

Merupakan seorang anak yatim, Ratu menjadi sangat sebak mengenangkan perkahwinannya yang berakhir dengan cara seteruk ini. Secara jujur dari hati, nyatanya dia mengakui masih sayang kepada bekas suaminya.

Jangan terlalu sibuk dengan kehidupan orang

Di Instagram pengantin baru itu pula, mereka kelihatan bahagia memuat naik gambar sedang bercuti. Bagi Alfath sendiri, dia menyifatkan setiap orang mempunyai hak memilih teman hidup sambil berpesan agar orang ramai menguruskan hal sendiri sahaja.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Nadia Christina (@__nadiachristina)

Sumber: kisahdunia

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*