(Video) ‘Pengembara Masa’ Dakwa England Tewas “Final” Euro 2020, Tersungkur Di ‘Kaki’ Itali

Setiap kali berlangsungnya perlawanan bola sepak dalam apa jua kejohanan sekalipun, pasti akan wujud individu yang menjadi ‘tukang ramal’.

Terbaru, seorang individu mengejutkan penyokong England apabila telah mendakwa bahawa pasukan itu akan kalah kepada Itali dalam perlawanan akhir nanti.

Menggelarkan dirinya sebagai ‘penggembara masa’, dia memuatnaik video ‘ramalan’ tersebut di TikTok sejak 18 Jun yang lalu. Penyokong juga terkejut kerana video itu sekaligus menunjukkan bahawa ramalannya mengenai kedua-dua pasukan itu akan berentap di final itu sememangnya betul-betul berlaku.

Tidak cuma itu, individu tersebut juga telah memuatnaik satu video sebelum perlawanan suku akhir di antara England dan Ukraine dengan mendakwa bahawa England akan menang 4-0.

Pun begitu, penyokong England yang ‘mengunjungi’ kembali akaun TikTok tersebut nampaknya mula risau kerana individu tersebut memuatnaik video yang bertajuk “Itali baru sahaja mengalahkan England pada final Euro 2020”.

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton 6.6 juta kali dan dihujani dengan komen-komen netizen yang terkejut dan juga ‘takut’ dengan ramalan itu.

Perlawanan akhir antara England dan Itali itu akan berlangsung pada 12 Julai (Isnin) minggu hadapan. Korang pulak macam mana, rasanya pasukan mana yang akan menang?

Video:

 

Sumber: Ladbiblensh.official

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*