(Video) Polis kesan 12 individu makan berhidang di tepi sungai

Selepas tular sekumpulan individu yang tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) apabila disyaki makan durian di tepi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di bandar raya ini, kini tular pula sekumpulan penduduk kampung makan berkumpulan di tepi sungai di sekitar Skudai di sini sejak semalam.

Ketua Po.lis Daerah Johor Bahru Utara, Asisten Komisioner Rupiah Abd. Wahid berkata, video yang tular itu memaparkan sekumpulan penduduk kampung makan berkumpulan di tepi sungai sekali gus melanggar SOP Fasa 1 Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Katanya, hasil sias.atan mendapati video yang tular itu dimuat naik oleh pemilik akaun bernama ‘Atan Abdul’ di Facebook, semalam.

Tambahnya, pihaknya sedang mengesan 12 individu dalam video tersebut yang sedang berkumpul dan makan beramai-ramai di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung di Skudai di sini.

“Usaha mengenal pasti kesemua individu berkenaan sedang dilakukan dan setakat ini belum ada lagi tangkapan dilakukan.

“Kandungan video itu memaparkan 12 individu sedang menikmati makanan secara berkumpulan yang jelas melanggar SOP larangan berkumpul.

“Mereka juga jelas tidak mematuhi penjarakan sosial dan tiada memakai pelitup muka seperti yang ditetapkan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Semalam, tular satu video berdurasi dua minit 17 saat memaparkan sekumpulan lelaki dan wanita makan beramai-ramai dipercayai di sebuah pondok di tepi sungai di sebuah kampung sekitar Skudai.

Rupiah berkata, kes akan disiasat di bawah Perkara 17(1) Peraturan-Peraturan dan Pencegahan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPDPPB) 2021 yang memperuntukkan denda RM4,000.

Katanya, kes itu juga dis.iasat di bawah Se.ksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, jika sabit kesal.ahan boleh did.enda RM50,000 atau pe.njara setahun atau kedua-duanya sekali.

Pihaknya menyeru orang ramai supaya mematuhi arahan yang dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) bagi mengekang penularan wabak Covid-19.

Video:

– K! ONLINE

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*