(Video) Ramai Tak Tahu, Kenapa Kebanyakkan Emoji Kalendar Bertarikh 17 Julai, Ini Sebabnya

Emoji kini menjadi satu medium untuk orang ramai berinteraksi di dalam mesej atau status di media sosial. Ianya bukan hanya mudah difahami malah orang ramai tak perlu menulis panjang untuk meluahkan perasaan atau menyatakan sesuatu ketika menggunakan khidmat pesanan ringkas.

Namun, tanpa kita sedar, sebenarnya setiap emoji yang kita guna mempunyai makna dan maksud tersendiri.

Seperti di kebanyakan telefon pintar anda mempunyai tanda emoji tarikh ’17 July’ kan? Pastinya menjadi tanda tanya dalam kalangan manusia kenapa emoji ini bertarikh 17 bukan tarikh lain?

Jadi, perkongsian Kareemmanan di laman Tiktok kali ini untuk menjelaskan kenapa ianya adalah bertarikh 17 Julai.

Menerusi penjelasan video ini, tarikh 17 Julai ini adalah tarikh keramat untuk Hari Emoji sedunia. Sebab itulah kalau korang perasan, kebanyakan di telefon pintar korang mempunyai emoji tanggal 17 Julai ini dan bukan tarikh lain.

 

Sumber: Kareemanan

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*