(Video) Rupanya Senang Je, Ini Cara Nak ‘Tegangkan’ Cadar Macam Hotel 5 Bintang

Setiap pagi lepas bangun tidur, perkara pertama yang sepatutnya kita buat semestinya rapikan katil. Tapi tak dinafikan ramai yang skip rutin penting ni sebab nak kejar masa dan rasa renyah jugak nak mengemas pagi-pagi.

Tambah-tambah pulak nak rapikan tang hujung-hujung cadar tu, kalau tak kena gaya memang tak kemas la hasilnya. Malas nak berlama-lama akhirnya kita biar je katil tu tak berkemas.

Sebenarnya nak rapikan cadar ni tak susah pun dan cuma perlu masa singkat je kalau korang tahu cara yang betul.

Video yang diunggah melalui akaun TikTok @riopardico ini menunjukkan cara rapikan cadar dengan betul dan sangat mudah nak praktikkan. Video ini mendapat 3.6 juta tontonan dan 363.8 ribu sukaan setakat ini.

 

Senang je kan? Lepas ni dah takda alasan tak kemas katil lepas bangun tidur.

Sumber: TikTok @riopardico

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*