(VIDEO) Sebut Semua Menu Dalam Satu Nafas, Pelayan Warung Ini Curi Tumpuan Ramai

Baru-baru ini kerajaan telah mengumumkan beberapa kelonggaran bagi individu yang telah lengkap menerima dua dos vaksin

Antaranya adalah makan di restoran atau dine-in yang telah lama ditunggu oleh ramai orang. Pasti suasana makan di kedai amat dirindui bukan?

Namun, lain pula dengan video yang tular di TikTok ini apabila seorang lelaki berkongsi cara seorang pelayan warung memperkenalkan semua menunya hanya dalam satu nafas telah menarik perhatian ramai.

Perkenalkan semua menu hanya dalam satu nafas

Menerusi video tersebut, kelihatan semasa itu sekumpulan lelaki sedang berada di salah sebuah warung untuk menikmati sarapan bersama.

Namun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah cara gadis yang merupakan pelayan warung itu memberitahu semua menu yang ada setelah ditanyakan oleh mereka.

Gadis itu dilihat memberitahu kesemuanya hanya dalam menggunakan satu nafas saja. Situasi itu membuatkan mereka semua terk3jut dan kagum dengan kebolehan gadis itu.

“Bayangkan kalau kena bebel kat dia” – Netizen

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut merasa kagum melihat kebolehannya. Malah, ada juga yang sempat mengvsik gadis itu.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 80.9K views, 9,722 likes dan 271 comments di TikTok.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba je muka dia masa tengah bercakap tu. Fuh hebat! 😀

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Sumber : Sayseismik

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*