(Video) SUV Bawa Bekalan Vaksin Terbabas Selepas Langgar Babi Melintas Secara Tiba-Tiba

Bagi memastikan Malaysia berjaya mencipta imuniti kelompok menjelang akhir tahun ini, pihak kerajaan telah menyediakan beberapa kereta peronda po.lis bagi memastikan kelancaran penghantaran bekalan vaksin ke sesuatu lokasi. Namun, ‘mala.ng tidak berbau’ masih tetap boleh berlaku semasa dalam perjalanan.

Memetik laporan Astro Awani, sebuah Nissan X-Trail milik Jabatan Kesihatan Daerah Pekan terbabas akibat terlanggar babi semasa dalam perjalanan menuju ke Klinik Kesihatan Chini di Pekan untuk menghantar bekalan vaksin, kira-kira jam 9 pagi, pada Rabu lalu.

Menurut Ketua Po.lis Daerah Pekan, Superintendan Mohd Zaidi Mat Zin berkata, pemandu kenderaan itu yang berusia 46 tahun dan seorang pegawai farmasi berusia 39 tahun tidak cedera dalam kemalangan di Kilometer 10 Jalan Pekan-Batu Balik itu.

“Ketika kejadian, kenderaan pacuan empat roda berkenaan diiringi kereta peronda dari Ibu Pejabat Po.lis Daerah (IPD) Pekan menghala ke Klinik Kesihatan Chini untuk menghantar bekalan vaksin Covid-19.

“Kenderaan terbabit mengalami kerosakan pada bahagian hadapan dan tepi dan sudah dihantar ke unit kenderaan Jabatan bagi tujuan pemeriksaan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan pada Ahad.

Tambah Mohd Zaidi lagi, pemandu tersebut juga telah membuat laporan mengenai insiden kemalangan tersebut kira-kira jam 1.30 petang pada hari sama. – The Vocket

Video:

Kenderaan utiliti sukan (SUV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kenderaan utiliti sukan (SUV) merupakan istilah pemasaran umum bagi kenderaan yang menyerupai sebuah kereta estet tetapi dibina menggunakan casis lori ringan.

Ia biasanya dilengkapi pacuan empat roda bagi keupayaan di atas dan luar jalan raya, serta dengan keupayaan untuk digunakan sebagai kenderaan luar jalan raya.

Tidak semua kenderaan pacuan empat roda diistilahkan sebagai SUV. Sesetengah SUV menyertakan keupayaan menunda seperti pada lori pikap dengan ruang penumpang seakan MPV atau sedan besar.

Memandangkan SUV dianggap sebagai lori ringan serta berkongsi pelantar dengan lori pikap, peraturan yang dikenakan juga kurang ketat berbanding kereta di bawah dua undang-undang di Amerika Syarikat, iaitu Akta Pemulihan dan Dasar Tenaga bagi penggunaan bahan api, dan Akta Udara Bersih bagi keluaran asap.

Istilah ini tidak digunakan di semua negara, dan di luar Amerika Utara istilah seperti “kenderaan luar jalan raya”, “pacuan empat roda” (termasuk kependekan “4WD” atau “4×4”) atau sekadar menggunakan jenama seperti “Jeep”, “Land Rover” atau “Pajero” adalah lebih lazim.

Namun, tidak semua SUV ada keupayaan pacuan empat roda, dan tidak semua kenderaan pacuan empat roda adalah SUV. Sementara pengeluar kereta sering mengiklankan keupayaan Luar jalan raya pada SUV keluaran masing-masing, kebanyakan penggunaan SUV lebih tertumpu kepada jalan raya berturap serta kawasan bandar.

Asalnya sangat popular pada lewat 1990an dan awal 2000an, populariti SUV mula merosot berikutan harga minyak yang tinggi serta ekonomi yang merudum. SUV tradisional berasaskan lori kini digantikan dengan SUV pindah silang yang menggunakan pelantar kereta supaya lebih ringan dan lebih jimat minyak (contohnya Honda CR-V yang dibina menggunakan pelantar Honda Civic), susulan kritikan terhadap SUV. – Wiki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*