(Video) Terakam Gelas Pecah Secara Tiba-tiba “Mungkin kaca tu dah expired” Atau Apa Sebenarnya Yang Berlaku

APA sebenarnya yang berlaku?

Mungkin itulah persoalan yang bermain di fikiran jejaka ini apabila mendakwa tiga biji gelas di rumahnya pecah secara tiba-tiba. Menurut Ahmad Syazwan Mohamad, 29, ia berlaku dalam tiga kejadian berasingan di kediaman yang disewa bersama dua lagi rakannya di Shah Alam, Selangor.

Malah, kejadian terakhir pada Jumaat malam juga berjaya dirakam secara tidak sengaja yang mana video itu kini tular di aplikasi TikTok.

“Masa tu dalam 10.30 malam, kami sebenarnya nak tengok movie. Dah buat jemput-jemput dan buat air.

“Ketika saya rakam video sedang tuang air, tiba-tiba kami dengar bunyi kaca pecah di dapur.

“Tapi kami tak terkejut. Sebab ia merupakan kali ketiga gelas pecah secara tiba-tiba.

“Kejadian kedua tempoh hari, ia pecah beberapa saat selepas digunakan oleh kawan saya,” ujarnya kepada mStar.

Mesra disapa Syazwan, dia enggan mengaitkan kejadian itu dengan sebarang unsur mistik, sebaliknya cuba bersangka baik sahaja.

Namun katanya, seorang jiran turut mengadu mengalami kejadian sama beberapa hari lalu.

Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib.
SYAZWAN

“Mungkin kaca tu dah expired, lama-lama akan pecah. Ditambah pula sekarang musim lockdown, kami banyak duduk rumah dan guna gelas-gelas tu.

“Isi air panas, air sejuk… ada kemungkinan ia boleh pecah. Saya tak terfikir ke arah mistik pun.

“Kemudian selepas video saya viral, ada seorang jiran hantar mesej. Katanya, gelas di rumahnya turut pecah secara tiba-tiba.

“Jiran saya turut bercerita kisah kakaknya ditegur ketika jemur baju masa Maghrib. Selepas kakaknya menoleh, tiada siapa pun di situ,” cerita Syazwan lagi.

Dalam pada itu kata Syazwan, video yang dikongsinya sehingga kini meraih 2.2 juta tontonan di TikTok.

Malah, rata-rata komen netizen turut mengaitkan kejadian gelas pecah itu dengan elemen mistik dengan pelbagai teori dan dakwaan yang menyeramkan.

“Saya memang tak fikir ke arah mistik. Melainkan kalau semua jiran satu lorong rumah saya alami benda sama, itu lain cerita.

“Bila gelas pecah, saya fikir mengenai kualiti kaca itu saja. Saya terima saja semua komen, mereka nak berbincang di ruangan komen dan sebagainya,” ujarnya yang sudah hampir setahun menyewa di situ.

Bercerita mengenai dirinya, Syazwan merupakan seorang perunding takaful.

Malah, dua rakan serumahnya juga turut bekerja dalam bidang sama.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mStar (@mstaronlineofficial)

Sumber : MStar

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*