(Video) ‘Terpelanting’ Gara-gara Dapat “Flying Kick” Wanita Ini, Pencuri Gagal Larikan Motor

Satu video yang memaparkan kejadian curi motosikal berjaya dirakam kamera CCTV.

Video tersebut bermula dengan dua orang lelaki yang menaiki motosikal tiba di sebuah kawasan kaki lima.

Salah seorang daripada mereka itu kemudiannya turun daripada motosikal dan memasuki ke kawasan di mana motosikal yang mereka hendak curi itu diletakkan.

Tidak lama selepas itu, lelaki tersebut terlihat dalam rakaman CCTV itu berjaya membawa keluar motosikal yang mahu dicurinya itu.

Namun, sebelum lelaki tersebut sempat menghidupkan motosikal itu, seorang wanita yang datang daripada arah asal motosikal tersebut diletakkan bertindak pantas dengan terus memberikan lelaki itu ‘flying-kick’ bagi menghalang motosikal berkenaan dibawa lari oleh lelaki itu.

Tersentak dengan tindakan wanita itu, kedua-dua lelaki tersebut terus melarikan diri.

Tindakan berani wanita itu telah berjaya menghalang kecurian motosikal tersebut.

Video itu lantas menjadi tular di media sosial. Sehingga kini, ianya telah ditonton lebih 70 ribu kali.

 

Sumber: makassar_iinfo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*