(Video) Tular di media sosial, guna minyak masak ganti petrol agar kereta lebih laju

JAKARTA – Seorang lelaki dari Indonesia mendapat perhatian netizen apabila video yang menunjukkan dia sedang memasukkan minyak masak ke dalam tangki kereta tular di media sosial, lapor Suara.com, semalam.

Menerusi kemas kini di akaun Instgram @Indra_fathan, pemuda itu percaya bahawa taktik menggunakan minyak masak menggantikan minyak petrol biasa mampu membuatkan kenderaannya bergerak lebih laju.

Lelaki bernama Abbaz Ahmad itu dipercayai mengisi tangki minyak keretanya menggunakan minyak masak sebanyak satu liter.

“Minyak masak satu liter untuk kereta saya agar mampu meluncur lebih laju,” kata Abbaz dalam video tersebut.

Tindakan Abbaz menggunakan minyak masak mendapat pelbagai reaksi netizen yang terbahagi dua antara setuju dan menolak pilihan minyak lelaki itu.

“Memang sudah biasa taktik guna minyak goreng jadikan kereta bergerak lebih laju,” tulis seorang pengguna media sosial.

“Kalau darurat, tidak mengapa. Jika sengaja, hanya merosakkan enjin kereta sahaja,” komen seorang lagi. – Agensi

Video:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Indra Radian Fathan (@indra_fathan)

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*