(Video) Tular Video Pengantin Lelaki ‘Tidur Mati’ Atas Pelamin Ketika Bersanding

Baru-baru ini tular sebuah video di media sosial yang menunjukkan pengantin lelaki di India sedang nyenyak ketiduran di atas pelamin ketika hari persandingan.

Menurut India.com, video lucu tersebut telah dikongsikan di Instagram oleh tetamu yang hadir dalam majlis pernikahan pasangan pengantin tersebut.

Sewaktu kejadian, pengantin perempuan berada di sebelahnya namun masih belum menyedari hal itu sehinggalah orang ramai menghampiri pengantin lelaki itu.

Pengantin lelaki tersebut telah cuba dibangunkan oleh hadirin namun dia kelihatan masih tidak berganjak.

Setiap percubaan untuk membangunkannya dikatakan menjadi sia-sia kerana pengantin lelaki tidak dapat membuka matanya.

Menurut portal, terdapat spekulasi yang mengatakan bahawa pengantin lelaki mungkin mabuk ataupun sekadar keletihan.

Malah, video yang ‘viral‘ itu turut menyebabkan netizen ingin tahu punca di sebalik tidurnya yang nyenyak. Walau bagaimanapun, punca yang sebenarnya masih belum jelas.

Bukan itu sahaja, ada netizen yang turut mengambil kesempatan untuk bergurau senda di dalam ruangan komen.

Antaranya, ada yang menulis, “Bangun.. nanti orang lain yang akan kahwin,” sementara orang lain turut menambah, “Dia bakal merindukan malam perkahwinannya“.

 

Sumber: India.com

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*