(Video) ‘Waa salah jalan pun mau ambil pisau ka?!’, Waaa ini olang aa wuiyo, ambik pisau wo!

Tidak puas hati ditegur kerana memandu secara melawan arus, seorang wanita warga emas bertindak menggunakan tongkat yang diikat dengan sabit untuk menakutkan lelaki yang menegur kesalahannya itu.

Video berdurasi 46 saat yang viral di media sosial menunjukkan, wanita itu memandu di jalan sehala sehingga menyebabkan dua kenderaan lain tidak dapat meneruskan perjalanan mereka.

Salah seorang pemandu cuba menegurnya tetapi tidak diendahkan, lalu menggunakan tongkat yang diikat dengan sabit untuk menakut-nakutkan pemandu berkenaan.

Ketua Pol1s Daerah Kajang, As1sten Kom1s1oner Mohd. Zaid Hassan berkata, pihaknya menerima lap0ran mengenai kejadian itu dan m4ngs4 mengaku berselisih faham dengan warga emas terbabit yang juga merupakan pemegang kad Orang Kelainan Upaya (OKU) di Blok A3, Jalan Bukit Segar 1, Taman Bukit Segar, Cheras, kelmarin.

“Si4s4tan awal mendapati, punca kejadian adalah kerana m4ngs4 telah menegur suspek yang memandu di jalan sehala menyebabkan gangguan kepada pengguna jalan yang lain di kawasan tersebut.

“Svsp3k telah menunjukkan kad OKU sambil mengangkat tongkat yang diikat dedngan sabit serta cuba memvkvl ke arah m4ngs4. Namun, m4ngs4 tidak mengalami sebarang kec3der4an,” katanya.

Ekoran kejadian itu, svsp3k berusia 66 tahun itu telah ditahan untuk disiasat di bawah Seksyen 506 Kanun K3s3ks4an. Polis meminta s4ksi kej4dian untuk tampil memberi ket3r4ngan dengan menghubungi Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 atau 03-89114222.

 

Sumber: Kosmo

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*