(Video) Wanita hasilkan topeng muka guna susu ibu

Seorang wanita menghasilkan topeng muka daripada susu ibu untuk menghilangkan jerawat pada wajah bayinya, lapor akhbar New York Post kelmarin.

Linh Ta memuat naik video dalam aplikasi sosial TikTok yang menunjukkan dia menggunakan tisu lembap yang dipotong mengikut bentuk mata dan mulut bayinya.

Dia kemudian merendam topeng wajah itu dalam larutan susu ibu dan ditekapkan pada wajah anaknya itu.

“Saya menghasilkan topeng muka itu kerana bosan dan untuk berseronok,” jelas Linh Ta pada keterangan video itu.

Dia menggunakan ramuan susu ibu itu selepas menyedari jerawat merah pada wajah anaknya.

Ketika ini, belum ada kajian yang menyokong susu ibu untuk menyembuhkan jerawat namun susu ibu mempunyai sifat anti-mikrob dan secara teorinya, ia mampu membersihkan kulit bayi dan membantu menghilangkan bakteria yang menyebabkan pori-pori tersumbat.

Kaedah kreatif Linh Ta menjadi tular di media sosial dan dia menerima pelbagai reaksi daripada netizen.

“Bayi anda akan suka melihat gambar ini apabila dia berusia 16 tahun kelak,” tulis seorang netizen.

“Ini adalah sesuatu yang sangat comel,” tulis seorang lagi netizen.

Bagaimanapun, seorang ahli paediatrik berkata jerawat pada bayi disebabkan oleh hormon yang diperoleh daripada ibunya ketika proses kelahiran dan ia akan hilang dalam masa beberapa hari atau minggu. -Agensi

Video:

Susu ibu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Susu ibu merujuk kepada susu yang dihasilkan oleh kelenjar mamari ibu yang terletak di payudara. Susu yang dikeluarkan khusus untuk digunakan sebagai makanan kepada bayi.

Namun begitu konteks yang akan diterangkan dalam rencana ini lebih menekankan tentang susu ibu manusia. Susu ibu dilihat sebagai makanan awal dalam bentuk cecair yang mempunyai nilai gizi yang cukup baik berbanding susu-susu keluaran haiwan atau susu formula, ia mudah dicernakan dengan baik walaupun diberikan kepada kanak-kanak berusia antara 6 bulan hingga 2 tahun.

Pada keperluannya, bayi baru lahir amat diperlukan dan disarankan agar terus diberi makan hanya dengan susu ibu sehingga umur bayi menjangkau 6 bulan. Ibu yang telah melahirkan anak adalah amat bersesuaian untuk terus menggunakan susu yang keluar dari payu daranya untuk disusukan buat bayi kelahirannya.

Namun berikutan penciptaan pam payu dara, kini lebih ramai ibu-ibu lebih suka untuk menyediakan simpanan susu tambahan buat anaknya atau sebagai suatu inisiatif bagi menyusukan anak orang lain supaya menjadi anak susuannya, atau mendermakan susu tambahan ke dalam bank susu ibu untuk program tabung susu ibu. Susu yang sudah dipam akan dimasukkan ke dalam botol susu bayi, cawan ataupun sistem penyimpanan susu dan juga tiub nasogastrik.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan penyusuan susu hanya dieksklusifkan bagi bayi yang berumur 6 bulan pertama kelahirannya. Ini bemaksud tiada sebarang pemberian makanan tambahan kepada bayi baru lahir sehingga ia mencapai umur 6 bulan selepas kelahiran.

Pemberian makanan pejal, susu formula, susu skim, susu segar dari haiwan malahan air mineral dan air minuman pun sudah cukup menyebabkan bayi akan mengalami masalah tumbesaran, masalah komplikasi penyakit dan tanda kemerahan/ alergi boleh berlaku. Namun selepas umur bayi melebihi 6 bulan, barulah makanan tambahan seperti bubur formula, susu skim, air minuman diberikan sebagai tambahan terhadap penyusuan terus susu ibu sehingga umur bayi sampai kepada 2 tahun.

Namun keadaan berlarutan bagi susuan sehingga 2 tahun adalah bergantung kepada kehendak ibu dan bayi.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*