(Video) Wanita Terkejut Ular Sawa Tiba-tiba Muncul Di ‘Side Mirror’, “Boleh Pulak Dia Ikut Kita…”

Siapa je yang tak takut dengan ular? Dengar namanya saja dah bikin kita ‘kecut perut’, apatah lagi kalau terserempak depan mata.

Hinggakan ada yang sanggup tukar sebutannya menjadi ‘Pak Lar’ dan ‘Pak Anjang’ kerana bimbang sebutan penuh ‘ular’ akan menyerunya datang.

Sebelum ini, banyak kes berlaku di mana reptilia ini sesat hingga termasuk ke dalam rumah orang. Tapi apa yang jadi dalam video ini memang mengejutkan.

Seorang pengguna TikTok, Rien_riena berdepan detik cemas apabila seekor ular sawa didapati ‘melekat’ di cermin sisi kereta tanpa disedari.

Jom ikuti video yang dikongsikannya di bawah ini.

Riena menulis pada kapsyen video:

“Boleh pulak dia ikut kita..dari manalah awak datang tiba-tiba muncul je, terperanjat..nasib baik tak bersalin awal saya. Apa-apa kau aku dah hantar ke bomba,” katanya.

Video ini telah ditonton oleh ramai netizen dan rata-ratanya sangat terkejut dengan apa yang terjadi. Ada antara mereka yang melontarkan pandangan masing-masing di ruangan komentar.

“Ya Allah kalau saya dalam kereta tu dah lama saya berhenti keluar, walaupun ada cermin kereta saya rasa macam dia boleh masuk dalam kereta,” – Ienna

“Seronok pulak dia dok hirup udara tu,” – Yaya

“Kalau kena kat saya confirm lompat seat belakang,” – Salihah

“Aku risau je kalau ada motor lalu sebelah, tak pun pejalan kaki. Ular ni lompat. Err seriau aku. Aku dahlah memang tak boleh dengan spesies ni. Fobia teruk,” – Faizal

“Dia duduk dalam enjin tu, panas enjin dia larilah. Memang takut,” – pengguna

 

Sumber: TikTok @rynaiena06

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*