(VIDEO) Warga asing didakwa anjur solat sunat Aidiladha beramai-ramai

Ratusan individu dipercayai warga asing didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dengan mengadakan solat sunat Aidiladha di kawasan lapang di Taman Pelangi, Juru di sini hari ini.

Dakwaan itu dibuat orang awam yang membuat rakaman video acara itu sebelum memuat naik ke laman sosial Facebook.

Rakaman dari sebuah kerera itu memaparkan sekumpulan lelaki yang dianggarkan mencecah ratusan orang sedang menunaikan solat di kawasan tempat letak kereta sehingga ke tepi jalan raya.

Menurut pemilik akaun Facebook tersebut, kejadian itu dikatakan berlaku kira-kira pukul 8.30 pagi tadi.

Mereka dipercayai melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Penuh yang sedang dilaksanakan.

Menurut Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang, solat sunat Aidiladha hanya dibenar dilakukan di masjid negeri dan daerah dengan kapasiti 150 orang, masjid kariah (100) serta surau (50).

– K! ONLINE

Hari Raya Aidiladha
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى ‘Eid Ul-Aḍḥa), Hari Raya Korban atau Hari Raya Haji ialah perayaan yang disambut oleh umat Islam di seluruh dunia. Ini bagi menghormati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail sebagai tindakan mematuhi perintah Allah.

(Agama Yahudi dan Kristian percaya bahawa menurut Genesis 22:2, Ibrahim membawa anaknya, Ishak untuk berkorban.) Namun, sebelum Ibrahim dapat mengorbankan puteranya, bagaimanapun, Tuhan menyediakan seekor biri-biri untuk dikorbankan sebagai gantinya. Sebagai memperingati intervensi ini, haiwan dikorbankan secara rutin. Sepertiga daging mereka dimakan oleh keluarga yang mempersembahkan korban, sementara selebihnya dibagikan kepada orang miskin dan yang memerlukan. Gula-gula dan hadiah diberikan, dan keluarga besar biasanya dikunjungi dan disambut.[6]

Dalam Takwim Hijrah, Hari Raya Aidiladha jatuh pada hari ke-10 Zulhijah, dan berlangsung selama empat hari iaitu hari ke-10, ke-11, ke-12 dan ke-13 bulan Zulhijjah setiap tahun.

Perayaan ini bermula dengan takbir Aidiladha pada 9 Zulhijjah selepas solat subuh, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan sama ada pada 10, 11, 12 atau siang 13 Zulhijjah, yang dipanggil Hari Tasyrik. Dalam kalendar antarabangsa (Takwim Gregorius), tarikhnya berbeza dari tahun ke tahun, berubah kira-kira 11 hari lebih awal setiap tahun.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*