(Video) Warganet Bingung, Aksi Kreatif Lelaki Ini Pandu Kereta Halimunan Masih Jadi Tanda Tanya, “Macam Mana Dia Buat?”

Satu video yang memaparkan seorang lelaki bergerak seakan menaiki kereta halimunan di dalam rumahnya telah menimbulkan pelbagai tanda tanya kepada pengguna internet.

Video-video yang dimuat naik lelaki itu memaparkan aksinya yang seakan ‘memandu’ sebuah kereta lutsinar di dalam rumahnya.

Aksinya itu telah berjaya membuatkan lebih 56 ribu pengikutnya terpukau dan bingung mengenai cara dia melakukan aksi tersebut.

Ekoran daripada itu, ramai warganet yang cuba membongkar trick beliau, memberi komen supaya buat apa yang mereka suruh bagi membuktikan bahawa aksinya itu betul-betul benar.

Ada yang menyuruhnya melakukan aksi tersebut dengan memasang tv bagi memastikan ianya bukan dilakukan secara rewind, ada yang menyuruhnya merakamkan aksinya itu dari sudut pandangan belakang, ada juga yang menyuruhnya meletakkan cermin di belakang dan bermacam-macam lagi.

Kesemua video-video yang dikongsikannya itu telah menjadi tular. Permintaan-permintaan warganet dalam video itu dilaporkan masih tidak berjaya membongkar trick yang diguna pakainya itu sehingga kini.

Setelah carian di internet terjumpa video di youtube dari ‘pzoom’.

Di YouTube, malah ada tutorial pzoom. “Girl With a Cellphone” menunjukkan dirinya melakukan trik pzoom, lalu mendedahkan bahawa helah ini sebenarnya difilmkan secara terbalik.

Jom Tonton Video Di Bawah..

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*