Connect with us

Motivasi

walaupun kami hanya duduk di rumah menjaga anak itu tidaklah bermaksud kami hnya duduk goyang kaki semata-mata

Published

on

walaupun kami hanya duduk di rumah menjaga anak itu tidaklah bermaksud kami hnya duduk goyang kaki semata-mata

Assalamualaikum admin..aku bukan nk share masalah rumahtangga aku tapi aku nk luah perasaan utk lelaki yg bergelar suami…Wahai para suami sekalian dengarlah luahan hatiku sbg wakil para isteri dalam pages ini…

Kami para isteri sanggup berkorban hidup susah senang bersamamu menjalani setiap dugaan yg diberi oleh Allah…kami para isteri rela menerima setiap dugaan itu walaupun ada masanya terpaksa makan nasi berlaukkan kicap dan garam sahaja…walaupun terpaksa kais pagi mkn pagi kais petang makan petang sekalipon kerana bagi kami selagi kita masih bersama duduk di bawah 1 bumbung pasti akan ade caranya utk menyelesaikan masalah tersebut..kerana bagi kami tiada ape yg lebih menyakitkan dan menyedihkan walaupun harus makan nasi dgn kicap dan garam selain dripada dikhianati org yg amat disayangi iaitu sang suami…

Kami para isteri tidak minta lebih wahai suami…cukup sekadar curahan kasih syg yg tidak berbelah bahagi untuk kami dan anak2..curahkan kasih sygmu dengan penuh keikhlasan tanpa ade org ketiga atau perosak kebahagiaan rumahtangga kita…tidak perlulah org lain selain dari kami anak dan isterimu…seandainya di matamu kami sang isteri bnyak keburukan dari kebaikannya maka bimbinglah kami mengikut acuanmu kerana itulah peranan sang suami sebagai ketua keluarga membimbing ahli keluarganya menuju jalan Allah agar dapat bersama-sama masuk ke dalam syurga kelak…

Kami para isterimu tidak minta emas permata,tidak minta dibawa bercuti ke sana ke sini sebagai hadiah yg paling bernilai…cukuplah sekadar luangkan sedikit masa utk kami anak beranak..cukuplah sekadar menghargai dengan cara memberi layanan yg baik kepada kami kerana kami juga manusia sama sepertimu yg punya hati dan perasaan..

wahai suami kepada housewife,walaupun kami tdak bekerja berpenat lelah,berpanas terik membanting tulang sepertimu..walaupun kami hanya duduk di rumah menjaga anak itu tidaklah bermaksud kami hnya duduk goyang kaki semata-mata…kami juga merasai kepenatan dlm menjaga anak2..kami juga merasai kelelahan menjaga anak seorg diri dgn kurang tidurnya stiap hari…melayan kerenah anak2 yg pelbagai ragam dan telatah…kami mohon pada mu wahai suami berikanlah sedikit tenagamu bersama-sama menjaga anak kita…luangkanlh sedikit masamu utk bermain bergurau senda dgn ank kita…sesungguhnya tiada ayat yg lebih indah dari suami melainkan ayat “syg pergilah rehat dlu,biar abg jagakan ank kita pulak”…kita sama2 berpenat lelah melihat tumbesaran anak kita stiap hari..

Wahai suami janganlah berkira mengeluarkan wang utk isterimu..kami para isteri ini bukanlah satu bebanan buatmu..kamilah yg sentiasa mendoakan rezekimu agar lebih melimpah ruah stiap kali engkau menggembirakan hati kami…isterilah org yg tidak putus2 berdoa kepada Allah agar suaminya sentiasa dilimpahi rezeki yg halalan toyyiban..gembirakanlah hati isteri dan emakmu wahai suami maka melimpah ruahlah rezekimu di atas muka bumi ini kerana stiap doa dari seorg ibu dan isteri utk di angkat oleh Allah dan di Amin kan oleh para malaikat…

wahai suami janganlah engkau mengasari kami dgn tgn kasarmu..janganlah engkau menyepak kami dgn tulang kerasmu..janganlah engkau belasah kami dgn tenaga jantanmu sekalipon kami melakukan kesalahan..cukuplah sekadar nasihat sebagai permulaan..berikanlah kami peluang utk perbaiki diri kami supaya tidak mengulangi perbuatan yg tdk disukai olehmu…

wahai suami maafkan diri ini seandainya selepas bersalin badan kami tdk sama seperti baru berkahwin..ketahuilah olehmu wahai suami saat kami bertarung nyawa melahirkan zuriatmu tulang kami bnyak yg patah..ketahuilah olehmu wahai suami kami boleh saja utk menjaga badan seperti dahulu tapi itu juga perlukan pengorbanan kewangan drimu…bukan sedikit modal utk cantik wahai suami bnyak modal utk melihat kami cantik maka dari itu jnganlah berkira dengan kami…kebanyakan dari kami para isteri tdk mahu menyusahkanmu para suaminya kerana itu badan kami tdk cantik lagi selepas bersalin…janganlah kerana badan kami sudh tdk seperti dahulu engkau mencari alasan utk memiliki yg lain…kasihanilah kami wahai suami…badan kami tdk cantik lagi pon bkn kerana org lain tpi keranamu..

Wahai suami,kasih syg kami terhadapmu tdk akan pernah berubah seandainya engkau tidak mencari masalah dahulu…kesetiaan kami hanya padamu seorg….kasih syg kami juga hanya padamu dan ank2 saja….sayangilah kami seperti mana kami menyayangimu wahai suami…lindungilah kami dari marabahaya bukan kamu yg jadi bahaya kepada kami..bimbinglh kami ke jalan Allah bukan kamu yg menarik kami dari lupa Allah dan akhir sekali janganlah tinggalkan kami tanpa alasan melainkan seandainya kami nusyuz tdak hormat dan membuka aibmu di hadapan 1 dunia….

Sekian dariku,
(Wakil para isteri)

Sumber : OriginalKrtf

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Motivasi

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Published

on

Gadis Derita Jalinkan Hubungan Dengan Suami Orang, Akhirnya Terpaksa Kahwin Gara-Gara Hamil. Kemudian Diceraikan Pula

Sudah menjadi kebiasaan buat Mimi (bukan nama sebenar) untuk bekerja di sebuah kedai menjual telefon bimbit berdekatan rumahnya di sebuah negeri di Pantai Timur sewaktu cuti semester. Dia ketika itu merupakan seorang penuntut di sebuah universiti awam di ibu kota.

“Bagi mencari duit tambahan setiap kali cuti semester di kampung saya akan bekerja.

“Sewaktu bekerja di kedai telefon bimbit, saya telah berkenalan dengan seorang lelaki berusia awal 40-an. Kami kemudian telah bertukar-tukar nombor telefon,” katanya kepada K2 sewaktu mengimbau detik bermulanya titik hitam dalam kehidupannya.

Tambahnya, lelaki tersebut tidak henti-henti mengirim mesej kepadanya untuk berkenalan dengan lebih lanjut.

Mimi pada ketika itu masih belum memiliki teman lelaki. Disebabkan rasa kesunyian yang menghantui dirinya dia melayan lelaki tersebut.

Setelah beberapa bulan berkenalan, Mimi yang pada masa itu baru berusia 20 tahun telah jatuh hati kepada lelaki tersebut walaupun mengetahui bahawa lelaki itu suami orang.

“Dia pandai bermain kata-kata yang manis sehingga membuatkan saya semakin sayang kepadanya. Kami sering bertemu untuk melepaskan rindu.

“Ketika berkenalan dia menyatakan bahawa dia bekerja sendiri. Saya tidak kisah apa pun pekerjaannya kerana dari pandangan mata saya pada masa itu dia adalah lelaki yang baik,” ujarnya.

Selain itu, lelaki yang dikenalinya di kampung itu sanggup datang ke ibu kota untuk bertemu dengan Mimi apabila gadis itu pulang ke universitinya.

Ketika di ibu kota, Mimi telah terlanjur dengan lelaki itu meskipun pada mulanya dia tidak membenarkan lelaki tersebut melakukan perkara sedemikian kepadanya.
Namun, disebabkan sayang, Mimi akhirnya tewas dan menyerahkan tubuhnya kepada suami orang itu.

“Ketika saya pulang bercuti ke kampung kami masih melakukan perbuatan terkutuk itu.
“Dia juga berjanji untuk berkahwin dengan saya apabila tiba masanya kelak,” bicara Mimi.

Disangkakan hujan sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Itulah perumpamaan yang sesuai untuk digambarkan terhadap nasib yang dihadapi Mimi selepas itu.

Kebahagiaan yang dikecapi olehnya ketika menjalinkan hubungan bersama lelaki tersebut diuji setelah dirinya disahkan mengandung akibat hubungan terlarang itu.

“Saya rasa tidak berapa sihat setelah pulang ke ibu kota dan dalam masa sama, saya sudah tidak datang ‘bulan’ dalam tempoh yang agak lama.

“Saya mula risau dan pergi ke farmasi untuk membeli alat uji kehamilan. Setelah diuji saya mendapati keputusannya positif. Bagi mendapatkan kepastian, saya terus ke klinik melakukan pemeriksaan dan keputusannya juga sama,” jelasnya.

Tambahnya, selepas itu, Mimi terus memberitahu lelaki tersebut agar dia bertanggungjawab. Lelaki tersebut enggan bertanggungjawab dan seakan mahu berlepas tangan.
Mimi buntu dengan nasib yang dialaminya itu.

KEHAMILAN akibat hubungan terlarang dengan teman lelakinya yang juga suami orang telah menyebabkan Mimi menanggung derita. – GAMBAR HIASAN

Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memberitahu keluarganya tentang nasib yang menimpa
dirinya.
“Ibu saya begitu kecewa dan pengsan setelah saya memberitahu perkara tersebut. Ayah saya seorang yang tenang dan dia minta saya memberitahu siapa lelaki yang bertanggungjawab.

“Ayah serta beberapa saudara terdekat pergi mencari lelaki tersebut dan minta dia bertanggungjawab mengahwini saya dengan segera. Pada mulanya teman lelaki saya itu tidak mahu bertanggungjawab tetapi dia akur setelah ayah saya mengatakan akan membuat laporan kepada pihak berkuasa,” jelasnya.

Tambahnya, bapanya sendiri telah pergi bertemu keluarga lelaki itu dan menjelaskan perkara sebenar.

Akhirnya, Mimi dan lelaki tersebut berkahwin bagi menutup aib yang telah mereka lakukan.

Setelah berkahwin dan melahirkan anak yang dikandungnya barulah Mimi sedar bahawa lelaki itu adalah seorang yang tidak bertanggungjawab.

Nafkah zahir langsung tidak pernah diberikan dan kelengkapan membesarkan anaknya banyak disediakan oleh keluarga Mimi sendiri.

“Dia langsung tidak menyediakan rumah buat saya untuk berteduh dan sebaliknya membiarkan saya terus tinggal bersama keluarga saya.

“Dia hanya sesekali datang menjenguk anaknya itu. Apabila dia teringin melakukan hubungan intim bersama, dia akan datang ke rumah saya dan selepas itu dia pergi,” ujarnya.

Mimi tidak bahagia dengan perkahwinan tersebut dan ada kalanya dia mendapat mesej daripada isteri pertama suaminya supaya dia memohon cerai daripada lelaki itu.

Mimi kemudian menceritakan permasalahan itu kepada keluarganya dan bapanya bersetuju untuk mereka bercerai.
“Ayah menasihati saya supaya mulakan hidup baharu setelah berpisah dengan lelaki itu,” jelasnya.

Mimi kemudian meminta cerai kepada suaminya dan lelaki itu akhirnya melafazkan talak ke atasnya.

Sebuah mahkamah syariah di Pantai Timur kemudian mengesahkan perceraian tersebut.
Nota: Artikel ini ditulis bukan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sebaliknya hanya untuk tujuan iktibar dan pengajaran semata-mata.

Continue Reading

Motivasi

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Published

on

Jaga Adab Elakkan Makan Bersama Suami Atau Isteri Orang Lain Satu Meja

Mungkin ramai yang tak sedar bahawa cara perhubungan di tempat kerja yang dianggap ‘biasa’ dan ‘tiada apa-apa’ selama ini, sebenarnya juga mampu menjadi punca kepada berlakunya keretakan di dalam rumahtangga.

Walaupun hanya rakan sekerja, sebaiknya jagalah adab sebaiknya. Selagi boleh cuba elak makan bersama suami atau isteri orang lain satu meja, apatah lagi makan berdua. Hadam perkongsian daripada Muhamad Afif Idris ini.

Elakkan Makan Bersama dengan Pasangan Orang Lain.

Tidak wajar seorang isteri orang lain makan bersama suami orang lain pada waktu rehat. Jika berseorangan lagilah tidak wajar.

Pesan pada isteri dan suami, cuba elakkan untuk makan bersama pasangan orang lain satu meja walaupun apa jua alasan. Jika ianya adalah disebabkan mesyuarat, maka makanlah sekadarnya dan carilah kedudukan yang jauh yang mana jika pasangan kita lihat keadaan tersebut, tidak terdetik cemburu dihatinya.

Acap kali juga saya lihat isteri orang makan bersama suami orang di meja makan. Sudahlah meja makannya stail hipster (meja yang tidak berapa luas), maka secara tidak langsung kedudukan mereka juga agak rapat. Dan selepas itu mereka pun bersembang bersuka ria.

Kadang-kadang ada situasi di meja makan seorang isteri dan beberapa orang suami pada satu meja. Kita perlu menjaga akan perkara ini. Teguran ini mungkin ganjil pada saat ini, tetapi ingatlah jika perkara kecil seumpama ini pun kita tidak dapat jaga, jika diuji dengan perkara yang lebih besar bagaimana agaknya situasi kita?

Itu belum lagi jika isteri perlu pergi kursus seminggu, suami perlu ke luar kawasan selama beberapa hari dengan rakan sekerja. Semakin galaklah mereka bersandiwara di luar sana. Bermanja dengan lelaki orang, suami menggedik dengan isteri orang lain.

Nauzubillahiminzalik.

Jagalah Adab Sepatutnya

Hatta dalam keadaan jika perlu bermesyuarat dengan bos pun, jika berlainan jantina maka jagalah adab-adab yang sepatutnya. Jangan buat di ruangan yang tertutup 100%. Jangan mesej di luar waktu kerja. Jangan guna emoji-emoji yang wujud dalam smartphone. Biarlah interpertasi mereka rasa kita garang atau cengeh, asalkan maruah kita dan pasangan terjaga.

Dan jika dalam situasi kita tiada pilihan contohnya bagi mereka yang buat sales marketing, jual cuckoo, takaful dan seumpamanya, carilah tempat pertemuan yang terbuka atau mintalah klien ajak pasangan masing-masing atau kita bawa pasangan kita.

Saya juga pernah ada berjumpa klien perempuan yang sudah berkahwin yang berminat nak buka akaun Unit Trust. Walaupun bertaraf ibu kepada anak remaja, sedaya upaya saya setkan temujanji agar dibuat di kedai yang terbuka konsepnya. Dan pastikan temujanji tersebut pada waktu siang.

Jujur Dengan Pasangan

Jujurlah pada pasangan kita. Jangan di depan nampak menjaga diri, di belakang bukan main mesra dengan rakan sekerja lelaki atau perempuan makan bersama. Melepak bersama bila ada waktu kosong.

Nampak kecil, tapi dari perkara yang kecil (melepak bersama bila ada waktu kosong itu) boleh membawa kepada perkara yang besar. Jangan menipu pasangan kita. Takutlah ujian serupa akan menimpa kita jika kita tidak jujur. Jom kita biasakan yang betul dan betulkan yang biasa. Agar perjalanan kita #road2jannah diberkati dan dirahmati oleh Allah SWT.

Sumber: Muhamad Afif Idris

Continue Reading

Motivasi

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Published

on

Inilah 3 Perkara Yang Sangat Sensitive Terhadap Wanita, Tapi Ramai Lelaki Tak Ambil Peduli

Mampu ke lelaki bahagia tanpa wanita? Itu soalan panas buat kaum lelaki sebab kalau ikutkan zaman sekarang, makin banyak kes suami yang jenis tak reti hargai penat lelah seorang wanita. Makin membiak juga golongan lelaki yang bergelar anak yang abai ibu selepas berumah tangga.

Tetapi Alhamdulillah cuma segelintir, tidak semua perangai begitu. Namun untuk kesedaran ramai, jom baca perkongsian Ustaz Ebit Lew ini, moga kita mampu berubah menjadi manusia yang menghargai dan melengkapi…

Ramai orang bertanya saya. Betul ke bila orang sakitkan hati bidadarinya isterinya rezekinya jadi sempit. Rezeki yang ada pun boleh hilang..Betul ke doa seorang isteri itu makbul. Benarkah semua orang yang berjaya dibelakangnya ialah doa isterinya dan doa ibunya..?

Siapa bersyukur (menghargai) maka Allah akan tambahkan nikmat. Siapa kufur( ingkar khianat tak jujur) Allah beri azab yang pedih. Orang paling banyak berkorban asbab manusia ada dalam dunia ini ada 3 orang.

Pengorbanan mati separuh nyawa seorang ibu. Seorang ibu mertua. Seorang isteri yang melahirkan anak kita..hargailah wanita ini dan lihatlah bagaimana Allah memberi nikmat dan rezeki kepadanya.

Orang yang tak mengasihi tidak dikasihi. Jangan ada sekelumit pun sangkaan jahat pada orang terutama kepada 3 wanita ini..jangan kasar atau pandang rendah pada 3 wanita ini. Jangan kedekut pada mereka.

Saya teringat masa bidadari saya bersalin anak pertama. Teringat jeritan kami sama-sama baca laa ilaha illa anta subhanaka inni kuntu minazzolimin.

Bila baby keluar bidadari saya tak lama pengsan. Sebab baby lama dan susah nak keluar. Doktor ulang kali. Tolong push kuat-kuat. Nanti baby lemas. Seorang nurse tekan dari atas perut. Seorang lagi saya tengok tengah macam guna gunting atau pisau di bawah..ya Allah. Menangis. Ya Allah..ampunkan dosaku. Ya Allah selamatkan bidadariku. Selamatkanlah anakku. Tengok jeritan, kesakitan, peluh, darah, tekanan…ya Allah. Ya Allah begitu kuat dan cinta ikhlas dalam hati seorang wanita.

Bila anak keluar isteri dan pengsan tak sedar. Sebab lama sebelum baby bernafas. Isteri masih minta maaf. Katanya maafkan saya abang…maafkan saya. Saat bayi diletak dalam pelukan barulah segala kesakitan seolah-olah hilang. Ya Allah..

Masa anak kedua, ketiga , keempat, czer…ya Allah, saya sangka belah perut terus ambil anak rupanya. Berlapis-lapis. Sampai bahagian dalam. Dengan darah kesakitannya..saya menangis. Sambil pegang tangan isteri dan usap dahinya. Abang sayang bidadari abang ini. Abang cinta sayang bidadari abang..selepas dikeluarkan. Suasananya. Jahit satu-satu lapis perut. Dah macam apa perut itu. Dengan darah penuh. Ya Allah.

Setiap kali dapat anak saya, azan dan iqamah. Selalu sebak. Sebab doa tangisan Nabi saw,anak saya dapat kenal Allah…Rindu ibu yang melahirkan saya. Kerana itu bagaimana seorang lelaki itu boleh berjaya tanpa rasa syukur yakni menghargai pengorbanan wanita dalam hidupnya…

Nabi Ibrahim as kerana Allah. Hajar ra dan Ismail as berkorban. Sebagai balasan Nabi Ibrahim telah berusaha menjadi ayah dan suami yang baik. Bimbing keluarganya kepada Redha Allah dan masuk syurga.

Sebagai suami yang baik,bimbinglah isteri dan anak-anak cintakan Allah dan Nabi saw. Bahagiakanlah hati mereka. Jangan kedekut beri duit dan hadiah pada isteri dan ibu kita.

Tidak akan pernah berjaya orang yang tidak menghargai isterinya..Yang tidak hargai ibunya..jagalah amanah Allah ini. Pasti Allah akan jaga kita. Bimbing mereka masuk syurga. Buat seorang suami, usaha dan doalah supaya dapat bersama dan beri semangat pada isteri saat berrsalin kerana itulah saat sakit teramat.

Lihatlah pasti hati keras mana akan berderai dengan air mata. Jatuh cinta lagi.Ya Allah terimalah kami semua jadi daie dan jadi matahari hidayah

Continue Reading

Trending