Connect with us

Terkini

Walaupun Serba Kekurangan Dan Dapur Hanya Berlantaikan Tanah, Rumah Ini Dijaga Rapi Dan Cukup Bersih

Published

on

Walaupun Serba Kekurangan Dan Dapur Hanya Berlantaikan Tanah, Rumah Ini Dijaga Rapi Dan Cukup Bersih

Seorang individu bernama Natipah Abu menerusi laman Facebooknya, berkongsi kisah sepasang suami isteri bersama empat orang anaknya hidup dalam serba kekurangan dengan keadaan rumah yang tidak sempurna dan usang.

Namun yang menarik minat kami untuk berkongsi kisah keluarga ini ialah mereka cukup pembersih. Keadaan rumah itu walaupun usang dan serba kekurangan namun ianya dijaga rapi dan cukup tersusun.

Inilah tempat berteduh pasangan yang mempunyai empat orang cahaya mata berumur diantara 1 hingga 9 tahun ini.

Orang ramai yang pernah melihat atau mengunjungi rumah ini pasti bersetuju bahawa jarang ditemui rumah dhaif yang sebersih ini.

“ Datanglah pada bila-bila masa pun, rumah ini memang sentiasa bersih dan kemas. Jadi mereka susah bukanlah kerana sikap … “
Biarpun dapur rumah mereka cuma berlantaikan tanah, namun ia sentiasa dijaga bersih serta tiada sebarang bau yang kurang menyenangkan. Antara ruang utama rumah dan bahagian belakang dipisahkan dengan hanya menggunakan langsir sahaja.

Menurut mereka juga kebanyakkan barangan dan perabot yang ada di rumah tersebut adalah pemberian orang ramai.

Pasangan ini membina ruang dapur rumah mereka dengan bahan yang didapati dari kawasan sekitar seperti kayu batang pinang, zink terpakai, buluh dan lain-lain.

Akibat tidak mampu membayar sewa rumah yang mahal, mereka membuat keputusan berpindah ke rumah yang didirikan di atas tanah orang tua mereka ini hampir setahun yang lalu.

Suaminya Mohd Fitri, baru sahaja bekerja di sebuah kedai welding dengan gaji harian. Sebelum ini, dia pernah bekerja di sebuah kedai welding di bandar dengan gaji RM50 sehari.

Namun akibat kos dan masa ulang-alik yang berjam-jam sehari, dia akhirnya berhenti kerja dan bekerja di kampungnya sahaja.

Natipah berharap dengan perkongsiannya ini, dapat membantu menyiapkan ruang dapur rumah pasangan ini termasuklah pendawaian dan penyambungan bekalan elektrik. Ini kerana sekiranya mereka berterusan hidup di dalam keadaan rumah seperti ini mampu mendatangkan bahaya kepada mereka terutamanya anak-anak.

Buat masa ini, tiada bil dikenakan bagi bekalan air bersih kerana sumbernya datang dari bukit dan disalurkan ke kampung di bawah projek “ air muafakat “.

Keluarga ini memerlukan dana sebanyak RM7000.00 bagi membina dapur yang selamat dan juga selesa bagi mereka sekeluarga. Bagi anda yang berkemampuan dan ingin menderma bolehlah melihat butirannya di Facebook Natipah Abu.

Sudah baca? Apa pendapat anda? Jangan lupa LIKE, SHARE dan KOMEN ya? Terima kasih! Majalah Ilmiah

Terkini

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Published

on

Bayi Setahun 6 Bulan di R0g0L Jiran Sendiri, Depan Anaknya Sendiri

Sungguh tergamak, sampai hati lelaki dvr jana ini sanggup mer0 g0l anak jiran sendiri depan anak-anaknya sendiri. Mana belas ehsannya ?

Kes sebegini tidak pernah sunyi daripada menjadi tatapan pembaca setiap hari. Namun, jangan sesekali kita anggap ia satu jena yah remeh.

Jena yah r0 g0l tetap r0g0l, walau siapapun mngsanya. Kes kali ini sungguh menyayat hati. Ia berlaku di India, seorang lelaki telah ditngkap atas tvdu han mer0 g0l kanak-kanak yang baru berusia 1 tahun 6 bulan di hadapan anaknya sendiri !.

Lelaki dvr jana tersebut telah dita han Jumaat lalu dan merupakan permngsa kes sera ngan sk sual terhadap mngsa “minor” yang terkini di India.

Semuanya bermula begini, kanak-kanak yang baru berusia 18 tahun itu pergi bermain di rumah jirannya, kerana jiran itu mempunyai anak yang berusia 2 dan 4 tahun.

Namun ketika di rumah itu, kanak-kanak yang tidak bersa lah ini telah r0 g0l oleh pmngsa dalam bilik rumah. Mngsa kemudiannya dibiarkan di luar rumahnya dalam keadaan berd4 rah dan kes4 kitan.

Ibu mngsa yang menjumpainya amat terke jut dengan keadaan itu. Beliau terus membawa anaknya ke H0spital.

Saspek akhirnya dita han menurut pegawai di Aman Vihar, per0 g0l kanak-kanak itu telah di t a h a n di rumahnya. Dia akan dikenakan hv kvman di bawah Akta Ganggvan sksual yang membawa hvkvman pnjara seumur hidup.

Dia akan dihvkum tapi bagaima pula dengan nasib kanak-kanak ma lang itu? Ketika dilawa di h0spital. Kanak-kanak itu didapati tidak boleh bercakap dan hanya mampu terbar1ng, aki bat trau ma

Continue Reading

Terkini

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Published

on

Cuma 3 Hari Di Hospital, Ibu Muda ‘Pergi’ Tinggalkan Anak Yang Masih Kecil

Satu perkongsian dari NGO pengurusan jenazah mengenai pengebumian seorang ibu muda yang meninggal dunia petang semalam, meruntun hati netizen.

Wanita bernama Nur Atyqah Yahya Jaya, berusia 28 tahun, menghembuskan nafas terakhir akibat jangkitan kuman selepas tiga hari menerima rawatan di hospital.

Baca perkongsian Mr Wan Cai Official di bawah:

Perkongsian lewat tentang pengurusan jenazah ibu muda yang dibawa pulang ke Kelantan. Jenazah yang dibawa menggunakan jentera rakan gabungan iaitu VJGM telah selamat dikebumikan pada pukul 06.45 petang tadi.

Selepas jenazah dipindahkan 3 rakan sukarelawan VJGM terus membawa jenazah ke tanah perkuburan islam Bandar Baharu Gua Musang. Dikebumikan diliang lahad separa bulan atau lebih dikenali dengan nama liang lahad sri bulan.

Pengurusan terakhir untuk ibu berusia 28 tahun sangat mudah. Berjalan lancar tanpa perlu menunggu lama untuk dikebumikan. Sempat pula dikebumikan sebelum masuk waktu solat Maghrib.

Aturan terakhir yang Allah tetapkan untuk ibu muda ini. Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya dimasukkan ke hospital Shah Alam sejak 3 hari yang lalu. Tetapi ibu muda ini telah dijemput seruan illahi pada pukul 10.30 pagi tadi.

Punca kematian arwah adalah disebabkan jangkitan kuman di dalam badan. Akibat dari jangkitan kuman itu beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

Pasangan suami isteri ini mempunyai seorang cahaya mata lelaki berusia 1 tahun. Omar Lokman Bin Shahrul adalah nama anak mereka.

 

Kesian bila difikirkan nasib si anak kecil. Si anak masih tidak mengerti ibunya sudah pergi buat selama lamanya. Membesar si anak tanpa kasih seorang ibu.

Kehilangan isteri ataupun ibu bukan satu perkara yang mudah. Ini kerana si suami perlu menggalas 2 tanggungjawab serentak untuk menjadi ibu dan bapa kepada anaknya itu. Anak yang ditinggalkan oleh si ibu pula masih kecil.

Jika tidak kuat semangat pasti si bapa boleh tertekan. Seperti yang kita semua tahu di dalam sebuah keluarga seorang isteri memerlukan suaminya. Dan seorang suami juga sangat memerlukan isterinya.

Apabila meneruskan kehidupan tanpa seseorang yang bergelar isteri atau suami setelah hidup berumah tangga pastinya kesulitan akan dihadapi. Lagi lagi melibatkan urusan menjaga dan membesarkan anak anak.

Jika sebelum ini si isteri membantu menguruskan hal dirumah dan anak. Pasti keadaan akan menjadi lebih sulit apabila seorang suami tiba-tiba perlu menggantikan tempat tempat si isteri.

   

Tidak boleh dibayangkan kehidupan si suami selepas ini setelah kehilangan isterinya. Jika tidak kuat boleh gila dibuatnya. Saya sudah lihat bagaimana keadaan suami kepada arwah adik perempuan saya.

Berbulan menangisi pemergian isterinya. Sehingga diri tidak terurus. Tetapi nasib ada anak anak sebagai penguat semangat untuk kembali hidup seperti normal. Harap-harap suami arwah juga akan kuat.

Semoga juga tabah untuk meneruskan kehidupan bersama anak lelaki tunggalnya.

Buat pembaca, ayuh sama sama sedekahkan Al-Fatihah buat Allahyarhamah Nur Atyqah Binti Yahya Jaya!

Continue Reading

Terkini

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Published

on

Rider Grabfood Maut Kemalangan, Isteri dan Anak-anak Kini Hilang Tempat Bergantung

Seorang penghantar makanan maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh belakang sebuah lori yang berhenti di tepi jalan di Kilometer B.05 Lebuhraya Besraya menghala Kuala Lumpur, petang semalam.

Menurut laporan Sinar Harian, mangsa Muhammad Faizal Yahya yang berusia 29 tahun meninggal dunia di lokasi kejadian kerana parah di kepala.

“Siasatan mendapati kejadian dipercayai berlaku apabila sebuah lori yang berhenti di lorong kiri jalan dengan memasang lampu berkembar selepas mengalami masalah pada tayar hadapannya.

“Kira-kira 10 minit kemudian, datang sebuah motosikal jenis Yamaha 150ZR ditunggang mangsa melanggar belakang lori yang dipandu lelaki berusia 52 tahun itu,” kata Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya.

Pihaknya turut mengambil sampel darah dan urin pemandu lori tersebut untuk tindakan lanjut selain siasatan masih dijalankan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Menerusi laman Facebook, isteri kepada arwah yang dikenali sebagai Puteri berkongsi berita duka itu dan memohon orang ramai sedekahkan al-Fatihah untuk Allahyarham.

Continue Reading

Trending