Wanita ‘Pecah Masuk’ Klinik Gigi, Cabut 13 Batang Gigi Dari Pesakit Tidak Sedarkan Diri

Seorang wanita Nevada memecah masuk ke klinik pergigian, mencuri wang serta mencabut 13 batang gigi pesakit yang tidak sedarkan diri, lapor Fox32Chicago.

Menurut portal itu, sus.pek yang mengakui pernah bekerja di klinik itu telah bertindak demikian dalam dua kejadian berbeza. Bagaimanapun, wanita yang bukan merupakan doktor gigi itu didakwa telah menc.uri wang tunai berjumlah $22,861 (kira-kira RM96,233) pada 3 Mei lalu, ujar polis tempatan.

Tambah pihak po.lis, wanita tersebut mengaku telah menggunakan bahan pelali yang dibuang oleh klinik berkenaan.

Sus.pek berusia 42 tahun itu didakwa atas dua tuduhan pecah masuk serta satu tuduhan konspirasi merompak dan melakukan pembedahan tanpa lesen perubatan.

Dia juga dilaporkan telah mengaku kepada beberapa saksi bahawa telah menjalankan prosedur perubatan tersebut.

Susulan itu, sus.pek kini ditahan reman dengan ikat jamin $20,000 (anggaran RM84,190)

Sumber: Fox32Chicago via Siakapkeli

Gigi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Untuk kumpulan muzik Indonesia, sila lihat kumpulan Gigi.
Gigi (tulisan Jawi : ݢيݢي) merupakan struktur putih kecil yang terdapat di dalam mulut manusia dan juga haiwan vertebrat. Gigi digunakan untuk mengoyak, mengikis, memotong dan mengunyah makanan. Sesetengah haiwan, terutamanya karnivor, juga menggunakan gigi untuk memburu atau mempertahankan diri. Akar gigi diselaputi oleh gusi.

Penjagaan gigi..

Memflos gigi sebelum memberus, Berus gigi dua kali sehari, Gunakan berus gigi yang betul, Dapatkan pemeriksaan gigi dua kali setahun, Kunjungi doktor gigi anda sebelum mengandung, Berhenti merokok, Kurangkan minuman bergas, kopi dan alkohol, Tingkatkan pengambilan kalsium, Amalkan pengambilan vitamin C dan D dan Tidur sekurang-kurangnya lapan jam setiap malam.

Wiki

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*