Wanita Sanggup Membu nuh Teman Lelaki Demi Hasrat Untuk Mengahwini Bapa Kandungnya Sendiri

Wanita Sanggup Membu nuh Teman Lelaki Demi Hasrat Untuk Mengahwini Bapa Kandungnya Sendiri

Chicago: Seorang wanita sanggup membu nuh teman lelaki demi memenuhi hasrat untuk mengahwini bapa kandungnya sendiri.

Namun, tindakan kej4m Amanda McClure, 31, mendapat balasan apabila dia dihuk um penj4ra 40 tahun selepas mengaku bers4lah atas perbuatan itu.

Dia dijangka menghabiskan sekurang-kurangnya separuh daripada hayatnya di dalam penjara.

Amanda dituduh membu nuh teman lelakinya John McGuire, 38, di Minnesota, Februari tahun lalu.

Bapanya, Larry McClure Sr, 55, sebelum ini sudah dijatuhi hukum4n penj4ra seumur hidup pada Ogos lalu atas kesalahan membu nuh lelaki itu.

Wanita terbabit membantu membu nuh mangsa bagi membolehkan dia dan bapanya hidup bersama.

Media tempatan melaporkan dua beranak itu sudah berkahwin di sebuah gereja namun si bapa menggunakan nama lelaki lain dalam dokumen perkahwinan mereka.

Dalam pada itu, Amanda memberi keterangan di mahkamah menerusi sidang video, Khamis lalu.

“Kejadian ini bukan saja mengecewakan keluarga John, tetapi keluarga saya juga.

“John seorang lelaki yang baik dan saya berharap dapat bersamanya semula,” katanya.

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*